Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura berusia 56 tahun hilang semasa menyertai acara berbasikal di Perak

May 07, 2018 | 08:13 PM



SEORANG lelaki warga Singapura berusia 56 tahun hilang semasa menyertai satu acara berbasikal di seberang Tambak semalam (6 Mei).



Beliau merupakan sebahagian pasukan 20 orang dari Singapura yang telah menyertai acara Perak Century Ride 2018 sejauh 164 kilometer itu.



Menurut anak sulung Encik Abdul Samat, Encik Muhammad Sufiyan Abdul Samat, 32 tahun, seorang teman bapanya memberitahu bahawa beliau kali terakhir dilihat sekitar 24 kilometer dari garisan penamat di RTC Gopeng, sekitar 1.45 petang.



“Saya diberitahu bapa saya mengadu kakinya sakit. Beliau memberitahu temannya untuk teruskan dan beliau akan berjumpa dengannya di garisan penamat,” ujarnya.



Selepas Encik Abdul Samat tidak muncul juga di garisan penamat sekitar 3.30 petang, teman-temannya cuba mencarinya tetapi gagal, kata Encik Muhammad Sufiyan.



Mereka akhirnya melaporkan hal tersebut kepada pihak penganjur.



Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Perak, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Ahmad Tarmizi Shaari memberitahu Berita Harian bahawa polis telah cuba mencari Encik Abdul Samat di laluan yang dilaluinya dan menghubungi hospital di kawasan itu untuk memeriksa sama ada Encik Abdul Samat dibawa ke sana. Namun, mereka menemui jalan buntu.



Usaha mencari Encik Abdul Samat diteruskan hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >