Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Warga Singapura di London turut ucap takziah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Warga Singapura di London turut ucap takziah

Mar 24, 2015 | 03:33 PM

WARGA Singapura di London telah memberi penghormatan kepada bapa pengasas Singapura, Encik Lee Kuan Yew.

Lebih 100 warga Singapura dilaporkan tampil di Suruhanjaya Tinggi Singapura di London petang semalam untuk memberikan penghormatan kepada mendiang Encik Lee.

Kebanyakan mereka terdiri daripada para pelajar dan profesional yang bermastautin di Britain - datang secara sendirian atau secara berkumpulan.

Suruhanjaya Tinggi Singapura di sana telah menyediakan sebuah buku takziah di tapak kawasannya di Belgravia.

Sesiapa yang berminat untuk menandatanganinya boleh melakukannya antara 9 pagi dengan 10.30 pagi dan 3 petang dengan 5 petang dari hari ini sehingga Jumaat ini.

 Cik Mala Henderson, 50 tahun, yang merupakan seorang pekerja bantuan menanti dengan sabar bersama suaminya selama sejam sebelum dapat menandatangani buku tersebut.

Beliau yang telah tinggal di Britain selama 28 tahun bergenang air mata tatkala berbual tentang mendiang Encik Lee.

"Kami yang tinggal di luar negara lebih menghargainya kerana apabila saya ke negara-negara seperti Haiti dan Israel untuk memberikan khidmat bantuan, pasport saya diberi penghormatan.

"Dan satu-satunya sebab ialah kerana mendiang Encik Lee Kuan Yew," jelasnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3