Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura di Silicon Valley digesa cari peluang di Singapura

Apr 20, 2019 | 07:00 PM



MENTERI Kewangan Heng Swee Keat dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan menggesa karyawan Singapura yang menetap di Bay Area San Francisco, termasuk Silicon Valley, untuk mempertimbang peluang di Singapura sementara negara ini membangun dan mengubah struktur ekonominya. 



Lebih 300 penduduk di kawasan Bay Area, hampir semuanya warga Singapura, berkumpul dalam satu majlis semalam di San Francisco untuk bertemu menteri-menteri tersebut, termasuk pelajar dan karyawan teknologi. 



Bay Area merupakan kawasan dengan masyarakat Singapura yang terbesar berbanding kawasan Amerika Syarikat (AS) lain. 



Singapore Connect, badan sosial untuk warga Singapura di Bay Area, dianggotai seramai 1,000 orang, menurut presiden badan tersebut, Encik Mark Sin. 



Majlis tersebut dianjurkan oleh Unit Warga Singapura Luar Negara di Konsulat Singapura di San Francisco. 



Dr Balakrishnan sedang membuat lawatan ke California sebagai Menteri Bertanggungjawab Bagi Inisiatif Negara Bijak. 



Encik Heng pula sedang dalam peringkat akhir lawatannya ke AS yang bermula di Washington dengan mesyuarat dengan ketua kewangan negara G-20, pegawai Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia, Perbendaharaan Amerika, senator dan anggota kongres. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >