Warga Singapura didakwa tawar wang sokong usaha propaganda ISIS

SEORANG warga Singapura, Imran Kassim, telah didakwa di mahkamah hari ini kerana menawarkan wang untuk menyokong usaha propaganda ISIS bagi tujuan pengganasaan, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan.

Menurut siasatan yang dijalankan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD), Imran, 35 tahun, bekas pengarah urusan syarikat logistik, telah menawarkan wang sejumlah $450 kepada seorang individu di Turkey pada 31 Oktober 2014 untuk penerbitan propaganda ISIS.

“Tindakan menawarkan wang bagi menyokong tujuan pengganasan ialah satu kesalahan serius, tidak kira jumlahnya, di bawah Akta Pengganasan (Hambatan Pembiayaan),” kata MHA. 

Imran telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Ogos 2017. 

Dia telah disiasat oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dan dikenakan Perintah Tahanan (DO) kerana cuba menyertai perjuangan bersenjata di luar negara.

Waktu Solat

Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
3 HR PSI: 79
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.