Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura dijel kerana masuk Malaysia secara tidak sah

Apr 19, 2016 | 10:00 AM



PEKAN NENAS (Johor): Seorang warga Singapura berusia 24 tahun yang kerap memasuki Johor untuk mengisi minyak motosikalnya, dipenjara selepas gagal membayar denda RM11,000 ($3,800) kerana memasuki Malaysia tanpa pas sah dan cuba meninggalkan negara itu tanpa menunjukkan pasportnya.



Abu Sufian Ja'id dan empat rakyat Malaysia didenda selepas mengaku bersalah pergi ke Singapura untuk bekerja tanpa berhenti untuk menunjukkan pasport mereka di kaunter Imigresen di Bangunan Sultan Iskandar Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) awal bulan ini.



Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM11,000 ke atas Abu Sufian bagi dua kesalahan, atau penjara 11 bulan.



Abu Sufian tidak membayar denda itu dan dipenjara.



Mengikut fakta kes, dia ditangkap di lorong motosikal di CIQ itu kerana memasuki Malaysia tanpa pas sah pada 9.25 pagi pada 7 April.



Dia dikenakan dua tuduhan - memasuki Malaysia tanpa pas sah dan tidak menunjukkan pasport kepada seorang pegawai imigresen.



Abu Sufian didenda RM8,000, atau penjara lapan bulan jika tidak membayar denda, bagi tuduhan pertama dan RM3,000, atau penjara tiga bulan jika tidak membayarnya, bagi pertuduhan kedua.



Empat rakyat Malaysia itu, termasuk seorang pembonceng, didenda antara RM1,500 dan RM2,000 kerana meninggalkan Malaysia tanpa menunjukkan pasport mereka pada 3 April. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >