Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Warga Singapura dikhuatiri terkorban dalam kebakaran kapal di California

Sep 05, 2019 | 07:17 PM

Menurut The New Paper (TNP), Seorang warga Singapura bernama Sunil Singh Sandhu, berusia 46 tahun, dikhuatiri terkorban dalam satu kebakaran kapal selam di Santa Barbara, California.

Beliau telah tinggal dan bekerja di Amerika Syarikat selama lebih daripada dua dekad dan telah melibatkan diri dalam kegiatan skuba dua bulan lalu, kata keluarganya di Singapura semalam.

Bapanya, Encik Sojit Singh, berusia 77 tahun, memberitahu TNP bahawa hatinya remuk apabila dia mendengar berita mengenai anaknya itu.

Beliau berkata, anaknya, berjaya meraih gred, “A” untuk semua matapelajarannya dalam peperiksaan peringkat 'A' di Maktab Rendah Saint Andrew dan setelah itu, anaknya berkecimpung dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Christian Brothers, di Memphis, Tennessee.

Encik Sunil kemudian berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana dan PhD di Universiti Stanford dan bekerja sebagai saintis penyelidikan di Palo Alto, California.

"Sunil adalah seorang anak yang pandai dan cemerlang dalam pelajarannya," kata Encik Sojit Singh.

Beliau, yang mempunyai dua orang anak perempuan, berkata melalui telefon: "Fikiran saya kosong, saya fikir ini adalah khabar angin. Saya rasa seperti seluruh hidup saya hilang dan saya tidak dapat mencari anak lelaki lain seperti dia.

Kali terakhir ayah dan anaknya bercakap adalah Jumaat lepas.

Kebakaran berlaku di atas kapal sepanjang 23 meter itu yang bernama, The Conception, pada hari Isnin (2 September), pukul 3.15 pagi (6.15 petang waktu Singapura) setelah ia berangkat dari Pulau Santa Cruz. 

Insiden itu dilaporkan sebagai salah satu bencana maritim terburuk di California dalam beberapa dekad.

TNP memahami dari keluarga Encik Sunil Singh bahawa ada seorang lagi warga Singapura yang terkorban dalam tragedi itu.

Pasukan penyelamat telah menemui mayat 11 wanita dan sembilan lelaki.

Terdapat 14 lagi mangsa yang belum dijumpai, kata Associated Press.

Pasukan dari Jabatan Kehakiman California telah memulakan pemetaan profil DNA mangsa, yang akan dibandingkan dengan sampel dari ahli keluarga. Keluarga Encik Sunil Singh berkata mereka telah diminta untuk berbuat demikian.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian