Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura dinasihatkan tunda lawatan tidak penting ke Kuala Lumpur hujung minggu ini

Dec 07, 2018 | 06:02 PM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) hari ini (7 Dis) menasihatkan warga Singapura agar menundakan semua lawatan ke Kuala Lumpur yang tidak penting, memandangkan terdapat risiko perkelahian di perhimpunan besar di ibu negeri Malaysia itu hujung minggu ini.



Perhimpunan dengan sentimen perkauman anjuran parti politik Melayu-Islam terbesar Malaysia Umno dan PAS dan dengan kehadiran dijangka mencecah puluhan ribu akan diadakan di Dataran Merdeka esok.



MFA dalam satu surat makluman berkata: "Dengan perhimpunan atau tunjuk perasaan besar, ada kemungkinan yang perkelahian terhad dan terpencil akan berlaku. Gangguan trafik dan gangguan lain yang akan menjejas pelancong juga mungkin berlaku. Warga Singapura dinasihatkan menunda semua lawatan tidak penting ke Kuala Lumpur buat masa ini."



MFA menggesa warga Singapura yang kini berada di Kuala Lumpur agar kekal berhati-hati dan mengelakkan perhimpunan besar, memantau media setempat bagi perkembangan dan mematuhi arahan pihak berkuasa setempat.



Kementerian itu juga menggalak warga Singapura mendaftar diri mereka di https://eregister.mfa.gov.sg/ supaya mereka boleh dihubungi jika perlu.



Mereka juga dinasihatkan agar kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.



Mereka yang memerlukan bantuan konsular di Kuala Lumpur boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur atau Pejabat Petugas MFA (24 jam) di:



Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur

209 Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur

Tel: +60 321 616 277 / +60 166 610 400

E-mel: singhc_kul@mfa.sg



Pejabat Petugas MFA (24-jam)

Tanglin, Singapura 248163

Tel: +65 6379 8800 / 8855

E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >