Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura ditahan di bawah ISA, dua lain dikenakan Perintah Sekatan kerana terlibat dalam aktiviti pengganasan

Jun 25, 2019 | 06:10 PM



SEORANG wanita berusia 62 tahun merupakan antara dua warga Singapura yang dikenakan perintah sekatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) hari ini. 


Rasidah Mazlan telah berhubungan dengan beberapa warga asing yang disyaki terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengan pengganasan, termasuk individu yang mengutarakan sokongan terhadap ISIS. 


Pembantu penghasilan itu dikenakan Perintah Sekatan Mac tahun ini, yang memerlukannya untuk menjalani kaunseling dan mendapatkan pengesahan dari pemerintah sebelum mengubah kerjaya atau alamat, dan apabila ingin ke luar negara, antaranya. 


Seorang lagi yang dikenakan perintah tersebut adalah Mohamad Fairuz Junaidi, 39 tahun. 


Siasatan mendapati bahawa pekerja penghantaran itu dipengaruhi ideologi radikal ISIS dan pernah mempertimbangkan untuk ke Syria dan menyertai kumpulan pengganas tersebut, kata MHA. 


Dia juga akan menjalani kaunseling dan pemulihan. 


Seorang lagi warga Singapura ditahan di bawah akta tersebut selepas siasatan menunjukkan bahawa dia radikal dan mempunyai niat ke Syria untuk menyertai ISIS. 


Imran Mahmood, yang tidak bekerja, ditangkap Januari 2019. 


Proses radikalisasi lelaki berusia 40 tahun itu bermula sekitar 2013 apabila dia mula mendengar syarahan dalam talian oleh pensyarah luar negara, termasuk mereka yang menyentuh tentang hari kiamat yang semakin hampir, kata MHA. 


Dia kemudian menjadi penyokong kuat objektif dan tindakan ganas ISIS dan pada 2014, dia ingin tinggal di bawah ISIS di Syria dan Iraq. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >