Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura hadapi masalah pasport di pusat pemeriksaan Malaysia

Oct 05, 2018 | 02:34 PM



SETELAH mendirikan rumah tangga Februari tahun lalu, rutin harian beliau adalah untuk untuk menunggang motosikal dari rumahnya di Johor, di mana beliau tinggal bersama isteri dan mertuanya untuk bekerja di Singapura. 



Warga Singapura, yang hanya ingin dikenali sebagai Muhammad Fauzi, 26 tahun, akan sentiasa melalui laluan Second Link untuk ke negara jiran.



Beliau tidak pernah mengalami sebarang masalah kerana pasportnya sehingga minggu lalu. 



Semasa dalam perjalanan pulang melalui pusat pemeriksaan Malaysia sekitar 11.30 malam pada 24 September, juruaudit prestasi itu terkejut dengan tindakan pegawai imigresen. 



Encik Fauzi mendakwa pegawai itu mengoyakkan pasportnya dan kemudian meminta sogokan. 



Encik Fauzi memberitahu The New Paper semalam bahawa beliau tidak menghadapi sebarang masalah semasa melalui pusat pemeriksaan Singapura malam itu. 



Walau bagaimanapun, di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Abu Bakar, seorang pegawai imigresen mempersoalkannya secara berlebihan. 



Encik Fauzi berkata: “Semasa dia mempersoalkan saya, saya melihat tangannya menggerakkan laman bio-metrik mengikut putaran jam...kemudian beliau memberitahu saya bahawa saya perlu patah balik ke Singapura kerana pasport saya koyak.” 



Encik Fauzi berkata beliau meminta untuk bertemu dengan penyelia tapi sebaliknya diminta untuk meletak motosikalnya dan mengikuti pegawai tersebut. 



Pada waktu itu, pegawai tersebut memberi isyarat bahawa beliau inginkan sogokan, kata Encik Fauzi. 



Tambahnya: “Pegawai tersebut memberitahu saya dia boleh membantu saya masuk ke Malaysia, tetapi saya perlu ‘membantu’ beliau juga.”



Ketika mendengar perkara tersebut, Encik Fauzi langsung meminta pasportnya kembali dan patah balik ke Singapura, di mana beliau memberitahu seorang pegawai dari Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) yang menasihatinya untuk membuat laporan polis. 



Beliau telah melaporkannya dan juga berkongsi pengalamannya di Facebook. 



Sejak itu, tiga orang telah berkongsi pengalaman yang sama, kata Encik Fauzi. 



Memberikan respons terhadap dakwaan Encik Fauzi, Jabatan Imigresen Johor (JIM Johor) berkata dalam satu kenyataan di Facebook bahawa siasatan sedang dilakukan terhadap pegawai yang tertuduh. 



“Jabatan memandang serius terhadap perlakuan salah laku yang melibatkan pegawai Imigresen dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pegawai jika terbukti kesalahan setelah siasatan menyeluruh dijalankan,” menurut kenyataan itu. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >