Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura ingin kekalkan pameran Bicentennial

Oct 06, 2019 | 04:01 PM



 





RAMAI warga Singapura yang menggesa supaya Pengalaman Bicentennial dijadikan pameran kekal, dan ini merupakan langkah yang akan dipertimbangkan pemerintah, menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat. 



“Kami mempertimbangkan perkara ini kerana ia bukan sahaja satu atau dua pameran tertentu (yang terangkum dalam pameran ini). Kami ingin melihat bagaimana kami boleh membentuknya sebagai satu pengalaman yang boleh memberitahu seseorang tentang kisah Singapura,” katanya. 



Beliau berkata demikian semasa bertemu media selepas kunjungan ke pameran Pengalaman Bicentennial di Fort Canning, di mana beliau juga telah menyambut pengunjung pameran tersebut yang ke-500,000. 



Dia merupakan pelajar Maktab Rendah Tampines Meridian Tit Yee Kiat, 18 tahun. 



Walaupun pameran tersebut sepatutnya berakhir 15 September, ia dilanjutkan hingga akhir tahun berdasarkan respons dari masyarakat awam. 



Pameran tersebut membawa pengunjung kembali ke waktu dahulu untuk menyaksikan detik-detik penting transformasi Singapura sepanjang 700 tahun. 



Pameran tersebut juga merupakan tarikan utama sambutan 200 tahun Singapura tahun ini. 



Menurut Encik Heng, salah satu perkara yang boleh diraih dari pameran tersebut adalah bahawa warga Singapura ingin memahami dengan lebih lanjut waktu silam Singapura. 



“Satu aspek yang penting yang sedang kami usahakan sekarang adalah gerakan Bersama Singapura. Saya ingin melihat bagaimana kita dapat mengumpulkan warga Singapura bersama untuk membincangkan waktu silam kita, dan apa maksudnya untuk masa hadapan kita? Dengan itu, saya rasa kita dapat membentuk masa hadapan bersama yang lebih baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >