Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura kurang lawat Malaysia tahun lalu

May 24, 2016 | 07:32 AM



WALAUPUN nilai ringgit Malaysia jatuh tahun lalu dan warga Singapura dijangka melakukan lebih banyak lawatan ke sana, jumlah sebenar menunjukkan sebaliknya.



Jumlah ketibaan pelancong dari Singapura di Malaysia tahun lepas ialah 12,930,754 - kurang 7 peratus daripada 13,932,967 pada 2014.



Demikian menurut perangkaan rasmi daripada Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di Singapura, lapor akhbar The Straits Times pada Selasa (24 Mei).



Pakar pelancongan berkata banyak faktor menyumbang kepada kejatuhan tersebut, termasuk pelancong di sini lebih berminat pada destinasi lain di rantau ini yang mata wang mereka juga telah lemah.



Cik Alicia Seah, pengarah perhubungan awam dan komunikasi Dynasty Travel, berkata warga Singapura mungkin "penat" kerana sudah kerap mengunjungi Malaysia.



Beliau juga berkata sekolah mungkin mengelakkan Malaysia sebagai destinasi bagi pelajar mereka selepas gempa bumi Sabah tahun lepas, yang mengorban tujuh murid dan dua guru Singapura.



"Jika anda terbang, atau menaiki kapal pelayaran atau feri, ada banyak destinasi kos rendah lain yang bersaing, seperti Bandung dan Surabaya. Anda boleh berada di sana dalam masa dua jam," kata Cik Seah.



Mata wang negara lain yang juga lemah mungkin satu lagi sebab kurang warga Singapura pergi ke Malaysia.



Sebagai contoh, rupiah Indonesia jatuh ke kadar paling lemah berbanding dolar Amerika pada September lalu sejak Julai 1998.



Satu dolar Singapura boleh memberi 10,218 rupiah pada September lalu, berbanding 9,442 rupiah pada April tahun lepas.



Sehingga Isnin (23 Mei), $1 boleh mencecah RM2.96. Ogos lalu, ringgit jatuh ke kadar lebih rendah daripada RM3 bagi sedolar Singdollar buat kali pertama.



Pelancong juga mengelakkan perjalanan ke Malaysia mungkin kerana kesesakan lalu lintas di Koswe, kata Cik Rachel Yee, pengurus pelancongan di agensi pelancongan KKKL, sambil menambah perniagaan daripada orang yang pergi ke Malaysia jatuh kira-kira 20 peratus tahun lepas daripada 2014.



Jenayah juga boleh menjadi satu lagi faktor.



Encik Vikneswaran Devadas, 31 tahun, seorang penyelam komersial warga Singapura yang tinggal di Johor Baru, berkata: "Ramai orang bertanya pada saya apakah selamat pergi ke JB."



Beliau menambah bahawa mereka bimbang mengenai keselamatan selepas menonton dalam talian klip video rompakan di Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >