Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura lari dari pusat tahanan Batam

Mar 07, 2016 | 10:06 AM



JAKARTA: Seorang warga Singapura melarikan diri di Indonesia sejak enam minggu lalu selepas memecah keluar dari sebuah pusat tahanan imigresen di Batam.

Lelaki itu, yang dikenal pasti oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai Damar Bahadur Chettri, ditangkap di Batam pada 22 Disember ketika cuba berlepas ke Singapura dengan feri menggunakan pasport palsu Indonesia, yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Pasport itu mempunyai gambarnya tetapi dikeluarkan atas nama orang lain, kata Encik Okey Derajat R. Mubarok, daripada pejabat imigresen Batam, Sabtu lalu, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (7 Mac).

Damar, yang juga memakai nama Sam Chettri, entah bagaimana berjaya mendapatkan pasport itu menggunakan dokumen pengenalan palsu Indonesia, kata sumber yang tahu kes tersebut.

Encik Okey, yang mengetuai bahagian ehwal dalaman jabatan imigresen, berkata Damar, yang ditahan lebih sebulan di Batam, melarikan diri selepas memecahkan pintu sel di pusat tahanan pada Jan 24.

"Kami masih menyiasat," katanya ketika menjawab pertanyaan mengapa Damar menggunakan dokumen perjalanan palsu.

Polis Indonesia telah diminta mengesan warga Singapura berusia 55 tahun itu. Berdasarkan carian nama, Damar tidak dalam senarai dikehendaki di Singapura, lapor akhbar itu.

Berita tindakan dia melarikan diri dibocorkan kepada media tempatan hujung minggu lalu, tetapi masih tidak diketahui di mana dia berada.

Hakikat Damar boleh mendapatkan pasport palsu dan keluar dari sebuah pusat tahanan dengan mudah menimbulkan perhatian terhadap pihak imigresen tempatan.

Ada kebimbangan sejak tahun-tahun kebelakangan mengenai hakikat pasport palsu boleh diperolehi untuk membolehkan penjenayah, pegawai rasuah dan pengganas meninggalkan Indonesia tanpa dikesan.

Mereka yang memerlukan pasport palsu boleh mendapatkannya jika mereka bersedia membayar harga tinggi.

Ejen pelancongan tempatan dan broker berkata pasport palsu boleh dibeli dengan mudah di Batam dan di Lampung, wilayah Selatan Sumatera, pada bayaran kira-kira 15 juta rupiah ($1,585) setiap satu.

Antara mereka yang pernah melarikan diri dan bergerak menggunakan pasport palsu Indonesia ialah pengganas anggota Jemaah Ilamiyah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari.

Semasa ditangkap pada 2003, dia mempunyai pasport tulen Indonesia yang dikeluarkan di Surabaya, tetapi dengan identiti palsu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >