Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura berjaya di luar negara digesa kembali ke S'pura

Aug 20, 2017 | 07:30 PM



WARGA Singapura yang telah lama bermaustatin serta mereka yang meraih kejayaan dalam kerjaya di luar negara digesa pulang dan menyumbang kepada masyarakat di sini.



Melahirkan harapan itu, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, semasa berucap dalam bahasa Cina berkata:



"Ibu bapa bekerja keras untuk memberikan anak-anak peluang yang terbaik. Anak-anak pula akan melakukan yang terbaik untuk merebut peluang ini. Ramai berjaya, di Singapura atau luar negara.



"Namun kegembiraan terbesar ibu bapa adalah melihat anak-anak mereka mempunyai kerjaya, dan juga berada di samping mereka.



"Mereka tersentuh sekiranya anak-anak ini yang telah berkecimpung di luar negara selama bertahun-tahun pulang ke Singapura kerana mereka masih menghargai dan menganggap Singapura tumpah darah mereka," jelas Encik Lee.



Menurutnya, pendidikan Singapura yang memberi penekanan kepada matematik, kejuruteraan dan teknikal telah membangunkan warga Singapura yang mahir dalam bidang teknologi.



"Sejumlah warga Singapura itu kini berada di luar negara. Tahun lalu, saya melawat San Francisco dan bertemu warga Singapura dalam industri teknologi maklumat (IT).



"Ramai agak muda, dan sejumlah juga belajar di Amerika Syarikat. Selepas menamatkan pengajian, mereka memulakan perniagaan atau bekerja di firma IT yang besar.



"Saya berkongsi dengan mereka rancangan menjadikan Singapura Negara Bijak, dan meminta mereka untuk pulang ke Singapura bagi membantu kita menjadikan visi itu saya kenyataan," kata Encik Lee lagi.



Beliau memberi contoh Cik Gillian Tee, yang memutuskan untuk pulang ke Singapura selepas bekerja selama 15 tahun di San Francisco kerana ibunya semakin tua.



"Gillian juga perhatikan bahawa terdapat ramai warga tua seperti ibunya di Singapura, yang juga memerlukan penjagaan. Lantas beliau menubuhkan syarikat Homage iaitu syarikat yang menggunakan teknologi maklumat bagi memadankan penjaga dengan warga tua yang memerlukan bantuan.



"Seperti juga aplikasi kereta yang memadan drebar dengan penumpang, lelaman dan aplikasi Homage memadankan penjaga dengan warga tua yang memerlukan khidmat mereka. Penjaga itu mungkin pelajar atau jururawat terlatih," jelas Encik Lee.



Beliau berkata Homage kini menjalankan perniagaan yang rancak kerana ia berupaya memanfaatkan teknologi maklumat bagi memadankan bekalan dengan permintaan.



"Saya berharap lebih banyak syarikat dan agensi pemerintah akan mempelajari dari Homage, dengan menggabungkan IT dan perkhidmatan bagi membaiki kehidupan warga Singapura," jelas Encik Lee lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >