Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura boleh rasa optimis, tidak perlu dilumpuh rasa takut di sebalik ketidaktentuan Covid-19: Presiden Halimah

Dec 29, 2021 | 04:19 PM



WALAUPUN berdepan dengan ketidaktentuan yang berpunca daripada pandemik, warga Singapura boleh bersikap optimistik dan tidak harus dilumpuhkan oleh rasa takut kerana keadaan sekeliling kian dibaik pulih, kata Presiden Halimah Yacob dalam ucapan hujung tahunnya pada Rabu (29 Disember).



Dalam ucapan empat minitnya yang dimuatnaikkan ke Facebook, beliau menggesa penduduk agar memaparkan daya bingkas mereka agar kedua-dua warga Singapura dan ekonomi negara boleh bangkit semula, sedang beliau menggariskan beberapa cabaran yang dihadapi negara pada 2021. 



"Saya tahu ramai yang letih dan mendambakan keadaan kembali seperti biasa...Tetapi kita masih berdepan dengan ketidaktentuan yang besar khususnya apabila masih banyak lagi yang tidak diketahui tentang varian Omicron," jelas Puan Halimah.



"Bagaimanapun, tidak semuanya kelam dan ditakdirkan gagal. Keadaan kian diperbaiki. Kita tidak lagi perlu hidup dalam iklim ketakutan yang melumpuhkan," katanya lagi.



Sambil menyenaraikan beberapa detik pencapaian negara tahun ini, Puan Halimah berkata warga Singapura beruntung kerana sumber kewangan diurus dengan bijak sedang negara mengeluarkan rizab masa lalu bagi beberapa langkah sokongan. 



"Kita tidak perlu meminjam untuk membantu penduduk dan perniagaan kita. Dengan cara ini, kita tidak membebankan generasi mendatang kita dengan bebanan hutang, situasi yang dialami banyak negara," ujar Puan Halimah.



Singapura juga telah mencapai kadar vaksinasi yang tinggi - 88 peratus penduduk telah mendapatkan vaksinasi lengkap menentang Covid-19 sehingga Rabu - dan vaksin ini juga diperluaskan buat kanak-kanak juga, katanya.



Namun, beliau memberi amaran virus ini akan terus mengejutkan, walau bagaimana banyak perancangan dan persiapan yang dibuat.



"Tiada saintis atau pakar kesihatan yang dapat meramalkan atau menjelaskan dengan penuh kepastian apa yang menyebabkan pandemik ini bertambah atau berkurangan secara global sebagaimana yang berlaku," kata Puan Halimah lagi.



"Kita harus menjangkakan akan terdapat penularan koronavirus yang ketara, termasuk varian baru, dan bersedia menanganinya," ujarnya.



Beliau memuji perpaduan warga Singapura dan menyanjung budi penderma, sukarelawan dan pekerja sosial kerana mempertingkat usaha membantu golongan memerlukan.



Beliau juga berterima kasih kepada mereka di barisan hadapan kerana bekerja tanpa mementingkan diri sendiri dalam memastikan fungsi sistem jagaan kesihatan berjalan dengan baik serta rangkaian pengangkutan pula berjalan lancar.



"Sedang 2021 bakal menutup tirainya, kita boleh mengimbas semula dengan rasa berpuas hati terhadap kerja yang dijalankan dan menanti 2022 dengan rasa optimis," kata Puan Halimah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >