KORONAVIRUS: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MALAYSIA
Warga S'pura boleh tinggalkan M'sia bila-bila masa tapi...
Mar 19, 2020 | 05:30 AM
SEPANJANG Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana di Malaysia, warga asing termasuk warga Singapura boleh meninggalkan negara itu pada bila-bila masa.
Namun menurut satu senarai soal jawab oleh Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia kelmarin, warga Singapura yang meninggalkan Malaysia sepanjang tempoh 14 hari itu - dari 18 hingga 31 Mac - harus bersedia menghadapi kesulitan perjalanan yang ketara akibat sekatan perjalanan.