MERENTASI sempadan dan berulang-alik antara Singapura dan Malaysia sudah menjadi suatu kebiasaan bagi sesetengah warga Singapura yang ada rumah di Johor.
Justeru, beberapa warga yang dihubungi Berita Harian (BH) meluahkan perasaan bercampur baur ekoran pengumuman perintah kawalan pergerakan di seluruh negara Malaysia semalam (16 Mac).