Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura didakwa di Australia dalam kes seludup dadah $65j

Jan 24, 2017 | 09:43 AM



SEORANG warga Singapura didakwa di mahkamah Australia bulan lalu kerana dikatakan terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah yang cuba menyeludup kokain bernilai lebih A$60 juta ($64 juta) ke negara itu.



Barry Zheng Chongde dan sembilan warga China ditahan pada 12 Dis, selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah bekas kapal penangkapan ikan paus Jepun di perairan antarabangsa, kira-kira 1,300 km di luar pantai Tasmania, lapor akhbar Melbourne The Age.



Lelaki berusia 23 hingga 50 tahun itu didakwa dengan satu tuduhan cuba mengimport kuantiti komersial dadah terkawal.



Kokain seberat 180 kilogram ditemui di kapal Kaiyo Maru No. 8 dalam operasi itu, yang melibatkan pelbagai pasukan penguat kuasa, kata kenyataan akhbar yang dikeluarkan Polis Persekutuan Australia pada Rabu lalu (18 Jan).



Pihak berkuasa telah memantau sindiket itu kira-kira setahun sebelum serbuan itu.



Media Australia berkata sindiket itu didakwa cuba menggunakan cara mengimport dadah yang kian biasa, dikenali sebagai kaedah 'induk' - kapal berlegar di luar pantai sebelum dadah dipunggah ke bot lebih kecil untuk dibawa ke pantai.



Rabu lalu, polis turut menyerbu beberapa tempat di Melbourne dan Queensland. Pegawai menahan enam warga Australia dan merampas kira-kira A$93,000 dalam bentuk wang tunai dan peralatan membuat dadah.



Enam lelaki juga didakwa minggu lepas cuba mengimport dadah.



Mereka dikatakan merancang mengedar kokain ke pelbagai sindiket dadah di Australia.



Zheng disenaraikan sebagai pengarah sebuah syarikat Singapura yang berurusan dalam hadwe dan perkakas komputer.



Walaupun syarikat itu disenaraikan sebagai 'hidup' dalam profil perniagaannya, ia tidak lagi bertempat di alamat yang berdaftar.



Tiada sesiapa di rumah ketika wartawan The Straits Times mengunjungi flatnya di Yishun.



Akhbar Shin Min Daily News melaporkan pada Ahad bahawa seorang lelaki di flat itu menyatakan Zheng seorang pelaut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >