Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura dinasihat mohon pasport awal bagi elak kesibukan akhir tahun

Nov 11, 2015 | 02:40 PM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menasihatkan warga Singapura supaya memohon pasport baru awal bagi mengelakkan kesibukan pada saat akhir.


"Banyak negara memerlukan pasport sah sekurang-kurangnya enam bulan sebagai sebahagian daripada syarat kemasukan mereka.


"Warga Singapura yang pasportnya sah kurang enam bulan diingatkan supaya memohon pasport baru bagi mengelakkan sebarang kesulitan untuk perjalanan ke luar negara," kata ICA dalam satu kenyataan pada Rabu (11 Nov),


Pasport boleh dimohon menerusi cara berikut:


Dalam talian:


Serahkan permohonan menerusi APPLES (Permohonan Pasport menerusi Sistem Elektronik Dalam Talian) di laman ICA (http://www.ica.gov.sg).


Anda juga boleh menggunakan salah satu daripada kiosk layan diri di eLobby@ ICA untuk menyerangkan permohonan.


Melalui pos:


Hantar borang permohonan yang sudah diisi ke: ICA Building (Passport Unit), 10 Kallang Road, #08-00, Singapore 208718.


Kotak penyerahan:


Masukkan borang permohonan yang sudah diisi ke dalam kotak penyerahan di luar Bangunan ICA atau di Tingkat 1, 2 dan 3 bangunan itu


Di kaunter


Serahkan permohonan di Bangunan ICA di Tingkat 3


Permohonan dalam talian, melalui pos dan kotak penyerahan layak mendapat rebat $ 10 daripada bayaran permohonan pasport yang sebanyak $80.


Pemohon berjaya akan dimaklumkan melalui pos untuk mengambil pasport baru apabila ia siap.


Pemohon boleh mengambil pasport mereka melalui kaedah berikut:


- Di kaunter di Bangunan ICA


- Dengan menggunakan mesin layan diri di eLobby@ICA. iCollect


- Di salah sebuah cawangan Singapore Post Limited (SingPost)


Pasport baru sah bagi lima tahun .


Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman ICA (http://www.ica.gov.sg).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >