Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura harus ambil berat nasihat tidak keluar negara: Lawrence Wong

Mar 17, 2020 | 08:03 PM



RAKYAT Singapura perlu mengambil berat nasihat agar tidak keluar negara namun jika mereka masih mahu melakukannya, mereka perlu bertanggungjawab ke atas perbuatan itu, kata pihak berkuasa pada Selasa (17 Mac).


Bercakap dalam satu sidang media semalam, pengerusi bersama pasukan petugas pelbagai agensi yang dibentuk bagi menangani koronavirus Covid-19, Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong berkata:


“Kami telah mengeluarkan makluman agar menangguhkan perjalanan ke luar negara yang tidak penting, dan menggesa orang ramai supaya menangguhkan rancangan perjalanan mereka.


“Ia membahayakan semua, membahayakan anggota keluarga, dan membahayakan semua di sekeliling anda.


“Kami meminta rakyat Singapura untuk fikir masak-masak sebelum membuat rancangan perjalanan. Iya, kami tidak melarang anda keluar negara, kami tidak menutup sempadan kami, tetapi tolong galak dan gesa orang ramai supaya menangguhkan semua perjalanan buat masa ini,” tambahnya.


Beliau berkata kebanyakan kes import – yang membentuk sebahagian besar kes Covid-19 yang dikesan di sini sejak beberapa hari lalu – merupakan rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang telah ke luar negara dan kembali ke sini.



Jika individu masih mahu meneruskan perjalanan ke luar negara, mereka akan perlu menggunakan cuti sendiri sekiranya mereka perlu mematuhi Notis Duduk di Rumah (SHN) selama 14 hari selepas kembali ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >