Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura harus rapatkan dan hurai jurang kaum dengan empati dan pemahaman: PM Lee

Jul 21, 2022 | 09:04 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong,  menekankan bahawa masih terdapat jurang yang warga Singapura harus rapatkan dan huraikan dalam perihal keharmonian kaum.



Ini dapat dilakukan bukan menerusi pertelingkahan tetapi dengan empati dan pemahaman.



Menjelaskan demikian dalam hantaran Facebook sempena Hari Keharmonian Kaum yang diraikan pada Khamis (21 Julai), Encik Lee berkata:



"“Setiap generasi mempunyai perspektif berbeza tentang keharmonian kaum. Perspektif generasi saya dicorak dengan peristiwa rusuhan kaum 1964.



"Belia hari ini pula lebih prihatin tentang isu seperti perkauman kasual dan keagresifan mikro. Terdapat jurang yang kita sebagai sebuah masyarakat harus rapatkan dan huraikan, bukan menerusi pertelingkahan tetapi dengan empati dan pemahaman."



Menurutnya, pemimpin 4G telah mengumumkan rancangan memperbarui kemampatan sosial dan meninjau apa yang perlu dilakukan secara berbeza.



"Saya berharap warga Singapura akan bersama-sama menyertai usaha mencorak masyarakat yang kita ingin wujudkan.



“Keharmonian kaum kita tidak sempurna, dan kita masih lagi belajar dan berkembang sebagai sebuah negara.



"Selagi kita tidak mengambil mudah keamanan dan bekerjasama untuk melindungi ruang bersama kita, kita akan sampai ke arah matlamat yang diinginkan," katanya.



Encik Lee berkata sedang Singapura mengkhususkan satu hari setiap tahun untuk keharmonian kaum dan agama dalam masyarakat majmuk, usaha mengekalkan keadaan ini tetap dan tidak akan berakhir.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >