Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura hulur derma kepada mangsa gempa Sulawesi

Oct 06, 2018 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam Singapura turut menunjukkan semangat belas ihsan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami Sulawesi Tengah dengan menghulurkan derma bagi membantu mereka.



Bantuan tersebut turut dilakukan 70 masjid di sini yang bekerjasama dengan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).



Ia satu kutipan derma khas bagi membantu mangsa-mangsa gempa dan tsunami yang hilang tempat tinggal mereka, dengan bencana tersebut telahpun mengorbankan lebih 1,558 nyawa.



Para jemaah di Masjid Muhajirin semalam juga tidak melepaskan peluang membantu mangsa di negara jiran itu dengan menyumbang derma mereka ke dalam peti-peti dana khas selepas menunaikan solat Jumaat semalam.



Dana yang dikumpul akan digunakan bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan, air bersih, ubat-ubatan dan keperluan asas lain yang amat diperlukan mereka.



Semua kotak telah ditandakan 'In Aid of Survivors of Sulawesi Earthquake and Tsunami' (Bagi Bantuan Mangsa Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi).



Peti-peti derma itu akan diletakkan di kesemua 70 masjid sehingga 11 Oktober ini.



Salah seorang jemaah yang sempat ditemui selepas solat Jumaat, Encik Adnan Abdul Aziz, 50 tahun, berkata beliau berasa terkesan apabila mendengar dan melihat keadaan mangsa yang terjejas oleh bencana alam itu.



"Saya rasa amat simpati dan prihatin selepas mendengar tentang kejadian itu. Namun dari apa yang saya baca di akhbar dan melihat di televisyen, keadaan di sana masih huru-hara, dengan ribuan mangsa kehilangan rumah dan masih memerlukan bantuan kemanusiaan.



"Misi menyelamat dan menghantar bantuan turut terhambat dek laluan yang menyukarkan di sana. Saya harap dengan sumbangan ikhlas ini dapat sedikit sebanyak membantu mereka," kata beliau.



Seorang lagi jemaah, Encik Effendy Mohd Khalid, 45 tahun, pula merasakan ia menjadi tanggungjawabnya sebagai saudara seIslam untuk membantu mangsa yang terjejas di sana.



"Saya tidak dapat bayangkan apa sedang dilalui mangsa sehingga kini. Sungguh sedih melihat nasib saudara Islam kami di sana dengan ujian dan dugaan itu.



"Kami di sini akan terus berdoa agar mereka dilindungi dan diberikan keselamatan," ujarnya.



RLAF mengumumkan dalam satu kenyataan media Selasa lalu bahawa ia juga akan menjalankan kutipan dalam talian menerusi laman web Muis https://www.zakat.sg/ePayment/donations.aspx.



Orang ramai masih boleh menderma secara tunai atau cek yang dibayar kepada 'RLAF' dan ditulis 'In Aid of Survivors of Sulawesi Earthquake and Tsunami' di belakangnya.



Derma tunai dan cek boleh dihantar kepada Pejabat RLAF di alamat Masjid Yusof Ishak, Tingkat 4, 10 Woodlands Drive 17, Singapura 737740; atau Muis di alamat Hub Islam Singapura, 273 Braddell Road, Singapore 579702.



Laporan lanjut : Khutbah seru Muslim hulur bantuan bagi mangsa bencana Sulawesi



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >