KEPAKARANNYA dalam memastikan keselamatan bagi sistem teknologi maklumat (IT) telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada Encik Rudi Irawan Seah di Oman.
Warga Singapura berusia 38 tahun itu bekerja sebagai Ketua Keselamatan Maklumat dan Pengurusan Projek bagi The State General Reserve Fund (SGRF) Oman, sebuah firma pelaburan di bawah Kementerian Kewangan Oman - serupa dengan Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC) di Singapura.