Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura luar negara boleh undi melalui pos

Parlimen luluskan undang-undang baru; pusat undi di rumah jagaan
Mar 08, 2023 | 05:30 AM



WARGA Singapura yang tinggal di luar negara boleh mengundi menerusi pos dalam Pilihan Raya Presiden akan datang selepas Parlimen meluluskan undang-undang pada Isnin untuk membolehkan mereka melalui proses demikian.



Undang-undang baru itu juga memudahkan warga emas mengundi di rumah penjagaan di sini.



Pindaan yang diusul juga mengemas kini peraturan berhubung pengiklanan pilihan raya untuk meningkatkan ketelusan, seperti memerlukan kandungan sedemikian menyatakan nama penuh bukan sahaja mereka yang membayar baginya tetapi juga mereka yang meluluskan mesej sedemikian.



Perubahan itu dilaksana menyusuli Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), yang berlangsung semasa pandemik Covid-19 dan menarik perhatian dua isu utama dalam landskap pilihan raya, kata Menteri Pendidikan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.



Yang pertama adalah pengundi Singapura yang pesat menua, dengan 21 peratus pengundi semasa GE2020 berusia 65 tahun dan ke atas, berbanding 14 peratus semasa GE2011.



Yang kedua ialah bagaimana sekatan perjalanan boleh menyukarkan sesetengah warga Singapura di luar negara pergi ke stesen mengundi atau kembali ke Singapura untuk mengundi.



Sebelum perubahan itu dilaksana, pengundi sedemikian perlu pergi ke stesen mengundi fizikal di tempat tertentu untuk mengundi.



Ini bagaimanapun menyebabkan sesetengah warga Singapura tidak dapat mengundi apabila sekatan perjalanan bagi membendung penularan Covid-19 dilaksana di serata dunia pada 2020.



Semasa GE2020, terdapat 6,570 pengundi luar negara yang berdaftar, dengan 4,794 daripada mereka yang mengundi.



Terdapat sekitar 200,000 warga Singapura yang tinggal di luar negara.



Encik Chan berkata Jabatan Pilihan Raya (ELD) merancang merintis aturan mengundi di pusat penjagaan dengan lebih 50 pengundi.



Ini akan melibatkan 25 hingga 30 rumah penjagaan dan mendekati lebih 2,000 pengundi, atau sekitar dua pertiga daripada pengundi berdaftar yang tinggal di rumah penjagaan sekarang, tambahnya.



Senarai rumah penjagaan yang dipilih bagi program rintis ini akan diumumkan semasa Hari Penamaan Calon, sekiranya pilihan raya itu mempunyai pertandingan.



Berhubung pengiklanan pilihan raya di dalam talian pula, Encik Chan berkata undang-undang yang dikemas kini itu bertujuan memberi penjelasan berhubung peraturan bagi kempen pilihan raya di dalam talian, khususnya memandangkan wacana politik kian berlangsung di dalam talian.



Dengan undang-undang baru itu, langkah meningkatkan tarikan terhadap sesuatu pos atau 'boost' serta kongsi atau mengepos semula pengiklanan pilihan raya di dalam talian perlu memenuhi keperluan yang sama seperti pengiklanan asas.



Ini juga akan memerlukan semua pengiklanan pilihan raya menyatakan nama penuh mereka yang bertanggungjawab menerbitkan, meluluskan, mengarah, mencetak dan membayar bagi kandungan itu.



Semasa perbahasan di Parlimen, Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) berkata Parti Pekerja (WP) menyokong langkah membolehkan lebih ramai warga menggunakan hak mereka untuk mengundi di pilihan raya nasional namun menyuarakan keprihatinan bahawa pindaan itu boleh membuka laluan kepada pengundian secara elektronik, yang boleh mendedahkan pilihan raya itu kepada penggodaman.



Encik Chan bagaimanapun berkata tiada rancangan untuk memperkenal pengundian elektronik sekarang, namun ini tidak boleh dikecualikan jika terdapat huraian yang dapat mempertingkat proses pilihan raya pada masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >