Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura maut selepas teksi yang dinaiki rempuh kereta di Turkey

Nov 16, 2023 | 04:03 PM



Seorang lelaki warga Singapura berusia 56 tahun maut akibat satu kemalangan jalan raya di Turkey pada Rabu.

Laporan media Turkey menyatakan, Encik Joseph Chean, berada dalam teksi untuk ke Edirne – sebuah bandar di barat laut negara itu – apabila teksi yang dinaikinya itu merempuh belakang sebuah kereta di Lebuh Raya Marmara Utara.

Encik Chean dibawa ke Hospital Negara Arnavutkoy tetapi kemudian meninggal dunia, kata laporan itu.

Kededua pemandu juga cedera, dan siasatan bagi kemalangan itu masih dijalankan, kata laporan media berkenaan.

Pertubuhan latihan Kristian, Youth With A Mission (YWAM) Singapura, di mana mendiang Encik Chean menjadi pengarah kebangsaan selama 12 tahun, turut mengesahkan kematiannya dalam catatan Facebook pada Khamis.

Penerbitan dalam talian Kristian Salt&Light berkata, mubaligh itu meninggalkan isterinya, yang dikenali sebagai Cik Kim, dan dua anak perempuan, Cik Olivia dan Cik Ashley.

Mendiang Encik Chean menyertai YWAM pada 1977 selepas menjadi paderi remaja di gereja Anglikan selama lapan tahun.

Beliau meninggalkan jawatannya di YWAM pada awal 2023, dan menjadi penyelaras strategik Antioch 21, sebuah projek yang bertujuan menggerakkan mubaligh dari Singapura ke negara lain.

Paderi Lawrence Khong, pengerusi pengasas LoveSingapore, rangkaian gereja di Singapura, berkata: “Sukar untuk meluahkan kesedihan dalam hati saya.

“Dia adalah saudara dan rakan seperjuangan yang hatinya dipenuhi dengan kasih sayang kepada yang hilang.”

Cik Lydia Tan, rakan Encik Chean, dalam catatannya di Facebook, menyifatkan mendiang sebagai “seorang pemimpin, pembimbing, rakan, penggalak yang telah menyokong saya untuk menjadi seperti sekarang”.

Beliau menambah: “Saya akan merindui masakan, bimbingan, tawa, usikan, dan, yang paling penting, cinta anda kepada Jesus dan dunia.”

Paderi Chua Seng Lee, paderi kanan di Gereja Bethesda Bedok Tampines, memberitahu Salt&Light bahawa mendiang Encik Chean adalah seperti saudara, seseorang yang boleh berkongsi pandangan dan perasaannya secara terbuka.

“Hati saya bersedih kerana kehilangan seorang saudara yang sangat disayangi,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >