Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSONALITI

Warga S'pura miliki restoran di Dubai

Apr 15, 2018 | 05:30 AM



MEMILIKI restoran sendiri barangkali antara impian mereka yang bergelar cef, sekalipun bukan di bumi kelahiran sendiri.



Selepas dua tahun menjadi cef di restoran terkemuka Dubai, Cef Akmal Anuar membulatkan tekad merealisasikan pula impian memiliki restoran sendiri.



Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun, cef berusia 36 tahun itu bergabung tenaga dengan dua rakan niaga Amiriah, Encik Ahmed Abdulhakim dan Encik Adnan Al Ali, bagi menubuhkan restoran 3Fils pada November 2016.



Terletak di Pelabuhan Memancing Jumeirah, 3Fils hasil ilham menubuhkan restoran kasual menawarkan sajian Asia yang inovatif dan enak.



Selang setahun beroperasi, restoran yang terkenal dengan bahan segar seperti ikan sashimi dari Jepun itu berjaya menarik perhatian media.



Bahkan, restoran tersebut dinobatkan restoran baru terbaik bagi kategori kasual oleh majalah TimeOut Dubai tahun lalu.



Kepakaran Cef Anuar dan hidangannya yang menarik turut disebut dalam ucapan Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perindustrian merangkap Pembangunan Negara), Dr Koh Poh Koon, dalam Forum Perniagaan dan Pelaburan UAE-Singapura baru-baru ini.



Lulusan kemahiran memasak Pusat Pendidikan Hotel dan Pelancongan Singapura (Shatec) itu menjejakkan kaki ke Dubai pada 2014.



Waktu itu, beliau bertugas sebagai cef di Zengo Dubai, antara jenama di bawah Richard Sandoval Restaurants yang memiliki 50 restoran di seluruh dunia.



Semasa dihubungi, bapa tiga anak itu berkata pengalaman bekerja sebagai cef di Dubai memang sesuatu yang mahu dicuba dalam usaha melakukan perubahan.



Namun, siapa menjangka pengalaman dua tahun itu sudah cukup menguatkan semangat berniaga di sana.



"Dubai negara Islam, jadi bermakna restoran yang saya kendalikan adalah halal. Inilah impian saya.



"Di sini, terdapat pelbagai budaya dan kerakyatan, dan bermacam perkara baru diperkenal.



"Dubai pesat berkembang, pembangunan di mana-mana sahaja sekaligus mencerminkan bandar yang semakin matang," ujarnya.



Daripada segi potensi, Cef Akmal, antara ketua cef utama di 50 restoran terbaik di dunia seperti Iggy's, tertarik dengan pasaran Dubai yang terbuka.



Namun, mereka tetap memerlukan kajian pasaran yang teliti serta kesedaran terhadap trend pasaran.



Menurutnya, antara cabaran besar mengendalikan restoran sendiri adalah memastikan suasana, hidangan dan kakitangan sentiasa konsisten.



"Masih banyak jurang dalam pasaran ini, justeru ada banyak peluang buat peniaga. Jika kita mengambil langkah dan tindakan betul, banyak peluang yang boleh didapatkan," ujarnya.



Pada masa sama, Cef Akmal menegaskan tidak mudah berniaga di negara asing.



Beliau bernasib baik kerana memiliki pasukan yang mantap.



"Memang berisiko apabila melabur simpanan dalam negara asing.



"Oleh sebab itu, anda memerlukan pasukan dan rakan niaga yang mengambil berat dan menjaga satu sama lain.



"Kejayaan hanya dicapai selepas mengharungi cabaran. Belajar daripada kesilapan dan pastikan ia tidak berulang.



"Impian terbesar saya adalah memiliki beberapa tempat makanan lain di Dubai dan juga di Singapura pada satu hari nanti," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >