Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura radikal sendiri ditahan bawah ISA, rancang sertai Taliban dalam konflik bersenjata

May 10, 2022 | 12:10 PM



SEORANG lelaki warga Singapura yang menjadi radikal sendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lalu kerana membuat persiapan untuk pergi ke kawasan berkonflik untuk melakukan keganasan bersenjata.



Radjev Lal Madan Lal, 29 tahun, menjadi radikal selepas terpengaruh dengan ajaran pendakwah radikal dari luar negara, Imran Hosein, tentang ramalan hari kiamat serta pendakwah radikal asing lain.



Dia juga cuba mempengaruhi keluarga dan temannya dengan pandangan radikalnya dan cuba merekrut mereka untuk menyertainya melakukan keganasan bersenjata.



Bagaimanapun, mereka tidak menyambut usulannya itu dengan positif.



Radjev, yang berkhidmat sebagai pekerja di sebuah syarikat logistik, telah membuat persiapan untuk melakukan keganasan bersenjata termasuk melatih dirinya dengan teknik menggunakan pisau.



Ketika ditahan, dia juga sedang mempertimbang untuk pergi ke Afghanistan untuk menyertai Taliban.



Dia tidak mempunyai rancangan untuk melancarkan serangan di Singapura namun akui bahawa dia bersedia melancarkan serangan di sini atau terhadap kepentingan Singapura di luar negara sekiranya diarahkan melakukan demikian oleh Imran atau Black Flag Army (BFA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >