Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura sambut Tahun Baru diiringi cuaca lebih sejuk

Jan 02, 2021 | 05:30 AM



SETELAH menyambut Tahun Baru dengan pertunjukan bunga api berskala sederhana di kawasan kejiranan dan menikmati hiburan secara langsung di alam maya, ramai penduduk Singapura menghabiskan hari pertama 2021 mereka dengan hanya duduk di rumah atau bercuti di dalam negeri memandang hujan hampir sepanjang hari.



Apatah lagi menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura (MSS), suhu di Singapura telah jatuh ke paras 22 darjah Celsius semalam kerana hujan berpanjang sejak pagi.



Bahkan, cuaca dingin dicatat di beberapa lokasi lain dengan Bukit Timah mencatatkan 21.2 darjah Celsius.



Menurut agensi air negara PUB di Facebook tengah hari semalam, orang ramai harus mengelakkan Jalan Seaview dan Mountbatten Road untuk tempoh sejam kerana air dalam longkang dan longkang besar di situ telah mencapai paras 90 peratus.



Di Loyang Avenue berdekatan Halton Road dekat Changi Village pula, sebatang pokok tumbang sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya sepanjang 1 kilometer.



Seorang penduduk, Encik Danial Aqil Nizam, memberitahu Berita Harian beliau dan keluarga serta beberapa orang jirannya telah bergotong-royong memotong ranting dan dahan pokok menggunakan kapak dan gergaji serta mengalihkan batangnya sementara menanti bantuan pihak berkuasa.



Kata Encik Danial: "Saya berada dalam rumah, tetiba terdengar bunyi dentuman yang kuat dari arah jalan raya. Dari tingkap bilik, saya nampak pokok tumbang dan sebuah lori pikap berada dekatnya itu... mujur tiada yang cedera."



Cuaca dingin bagaimanapun tetap terasa hangatnya apabila anggota keluarga berkumpul menghabiskan masa bersama, bukan sahaja untuk meraikan Tahun Baru, bahkan ada yang menyambut ulang tahun perkahwinan dan hari lahir.



Beberapa individu yang diwawancara BH berkata cuti Tahun Baru memberi mereka peluang meluangkan lebih banyak masa bersama.



Bagi pasangan Encik Maso'od Osland, 65 tahun, dan isterinya, Cik Fauziah Abdul Fatah, 62 tahun, akhir tahun biasanya dihabiskan di luar negara bersama keluarga untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.



Namun, dengan sekatan pergerakan keluar negara yang masih ketat, mereka membatalkan percutian mereka dan memilih untuk melakukan 'staycation' di Crowne Plaza Changi Airport sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-26 semalam.



"Selalunya kami suami isteri akan merentas sempadan bersama dua anak perempuan kami pada hujung tahun.



"Tetapi kerana Covid-19 kami staycation sahaja. Bagi kami yang penting adalah bukan di mana, tetapi dengan siapa kita luangkan masa bersama," kata Encik Maso'od.



Dengan Fasa Tiga langkah kawalan Covid-19 yang membolehkan kumpulan sehingga lapan orang tidak termasuk tuan rumah, ramai juga membuat rancangan bertemu sambil menjamu selera.



Antara mereka adalah Cik Natasya Iman Zahidi.



Mengalu-alukan kelonggaran itu, semalam, Cik Natasya Iman Zahidi dan suaminya telah berkumpul di rumah rakan mereka untuk menjamu selera sempena tahun baru ini.



"Ramai orang berkumpul dan makan di luar kerana ramai tidak melancong ke luar negara. Jadi saya lebih suka untuk berjumpa di rumah agar kami dapat berbual dengan lebih selesa," kata pereka seni bina berusia 28 tahun itu.



Keluarga Cik Elfanessia Effendy yang pada tahun-tahun sebelum ini pasti akan keluar untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. Tahun lalu mereka ke kawasan Bendungan Marina.



Malam kelmarin, mereka ke Wisma Geylang Serai untuk melihat bunga api, namun yang berskala lebih sederhana.



"Walaupun suasananya agak berlainan, masih terasa meriah ketika mendengar ramai orang melaungkan ucapan Selamat Tahun Baru beramai-ramai," kata beliau yang berusia 25 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >