SEBUAH bas yang membawa 31 jemaah umrah dari Singapura telah terlibat dalam satu kemalangan semalam ketika mereka dalam perjalanan di Arab Saudi, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang meninggal dunia.
Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menjawab pertanyaan media semalam, mengesahkan kemalangan itu berlaku pada 1.30 petang (kira-kira 8.30 pagi waktu Saudi).