SEBAHAGIAN warga Singapura yang menetap di Johor menimbangkan beberapa langkah yang mungkin diambil menyusuli pengumuman kerajaan Malaysia yang akan memperkenalkan bayaran permit masuk kenderaan (VEP) RM20 ($7.40) bagi kenderaan asing mulai 1 Ogos ini.
Golongan itu, yang berulang-alik ke Singapura setiap hari, memberitahu Berita Harian mereka mungkin berpindah balik ke Singapura kerana penjimatan yang diraih dengan menetap di Johor kini lupus berikutan kenaikan tol dan pelaksanaan VEP kelak.