Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Warga tanpa bukti pendapatan terjejas masih boleh dapatkan bantuan di SSO

Setempat
27
0

Warga tanpa bukti pendapatan terjejas masih boleh dapatkan bantuan di SSO

Jan 06, 2021 | 05:30 AM

WARGA Singapura yang pendapatan mereka terjejas dek pandemik namun tidak dapat menunjukkan bukti dokumen untuk menerima Geran Pemulihan Covid-19 (CRG) boleh ke pejabat perkhidmatan sosial (SSO) untuk meminta bantuan.

"MSF (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga) akan melancarkan CRG pada 18 Januari 2021 untuk menyokong pekerja bergaji rendah atau pertengahan dan individu yang bekerja sendiri yang pendapatan mereka terjejas oleh Covid-19 pada 2021.

"Sama seperti CSG (Geran Sokongan Covid-19), mereka yang benar-benar tidak dapat memberikan dokumen bagi CRG dan memerlukan bantuan boleh ke SSO," kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Sun Xueling.

Dalam jawapannya kepada soalan yang diajukan Cik Carrie Tan (GRC Nee Soon) di Parlimen semalam, Cik Sun berkata pemerintah faham terdapat kes-kes di mana individu yang telah diberhentikan kerja atau pendapatan mereka terjejas tidak dapat memberikan bukti dokumen hal tersebut kerana alasan di luar kawalan mereka.

Cik Tan telah menanyakan sama ada MSF terbuka mempertimbangkan pemohon selagi mana mereka dapat mengemukakan dokumen untuk menunjukkan bahawa mereka telah mendapat tekanan untuk mengundurkan diri daripada majikan.

Beliau turut bertanya jumlah pemohon yang telah ditolak permohonan CSG mereka kerana tidak dapat memberikan bukti pembuangan kerja daripada majikan.

Cik Sun memberitahu Parlimen semalam sekitar 4,000 pemohon telah ditolak daripada menerima CSG sehingga 20 Disember 2020 kerana perincian pekerjaan mereka tidak dapat disahkan oleh MSF.

"Apabila pemohon tidak mempunyai dokumen sokongan atau rekod CPF, kita akan cuba menghubungi majikan mereka," jelas Cik Sun.

"Kami sedar bahawa terdapat segelintir pemohon yang mungkin tidak dapat (memberikan dokumen sokongan) kerana alasan di luar kawalan mereka.

"Contohnya, syarikat tempat mereka bekerja mungkin telah ditutup tanpa mengeluarkan surat penamatan kerja.

"Dalam keadaan seperti itu, MSF akan mengesahkan status pekerjaan mereka dengan memeriksa rekod CPF mereka atau menghubungi bekas majikan mereka," ulas beliau.

Menjelaskan lebih lanjut dalam jawapan susulan yang diberikan, Cik Sun berkata sebahagian proses penilaiannya, SSO akan mempertimbang bukti sokongan tambahan, termasuk pertukaran mesej WhatsApp, surat mahupun e-mel daripada pihak majikan kepada pekerja yang terjejas.

"Niat SSO adalah untuk membantu pemohon CSG, mereka mahu menyediakan bantuan dan bukan menahan daripada memberi bantuan.

"Tapi kita harus sedar geran ini adalah daripada wang pembayar cukai dan kita mesti bertanggungjawab terhadapnya, oleh itu SSO mesti mengesahkan dengan teliti dokumen-dokumen yang diberikan pemohon," ujar beliau.

Sementara itu, Cik Sun turut mendedahkan bahawa sehingga 20 Disember tahun lalu, MSF telah mengesahkan pemberian CSG kepada sekitar 95,000 pemohon, termasuk 15,000 pemohon yang menerima geran tersebut setelah membuat rayuan.

Sebanyak 97 peratus mereka yang membuat rayuan berjaya menerima bantuan geran tersebut, tambah beliau.


"Sebahagian proses penilaiannya, SSO akan mempertimbang bukti sokongan tambahan, termasuk pertukaran mesej WhatsApp, surat mahupun e-mel daripada pihak majikan kepada pekerja yang terjejas. Niat SSO adalah untuk membantu pemohon CSG, mereka mahu menyediakan bantuan dan bukan menahan daripada memberi bantuan."
- Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga) Sun Xueling

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3