Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Thai didenda $6,000 dek elak NS

Sep 18, 2018 | 04:36 PM



SEORANG warga Thai yang berdaftar sebagai warga Singapura semasa berumur setahun tetapi sepanjang hidupnya tinggal di Thailand didenda $6,000 hari ini (18 September) kerana gagal memenuhi tanggungjawab Perkhidmatan Negaranya (NS) di sini.



Jurutera aplikasi Ekawit Tangtrakarn, 24 tahun, melakukan kesalahan itu sebelum melepaskan kerakyatannya sebagai warga Singapura pada ulang tahunnya yang ke-22.



Timbalan Pendakwa Raya Mansoor Amir memberitahu mahkamah bahawa Kementerian Pertahanan (Mindef) telah memaklumkan bahawa ini kali pertama seorang individu yang melakukan kesalahan elak jalani NS kembali ke Singapura untuk menghadapi tuduhan selepas tidak lagi layak menjalani tanggungjawab itu kerana dia bukan lagi warga atau penduduk tetap (PR) Singapura.



Tambahnya, Ekawit telah menyerah diri secara sukarela dan antara sebabnya dia kembali adalah untuk mengelak daripada sebarang masalah sekiranya dia perlu berkunjung ke Singapura pada masa akan datang.



Ibu Ekawit, Cik Genevieve Lim yang merupakan seorang warga Singapura, melahirkannya di Thailand pada 1993 dan mendaftarkannya sebagai warga Singapura setahun kemudian.



Bapanya warga Thai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >