Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga tua boleh raih pendapatan dari Skim Beli Balik Pajakan yang diperluas

Jan 01, 2019 | 05:30 AM



WARGA tua yang menetap di flat lima bilik kini boleh menjual sebahagian daripada tempoh pajakan mereka kepada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), mulai hari ini.



Ini akan membolehkan mereka meraih pendapatan daripada rumah sementara terus menetap di flat mereka.



Sebelum ini, Skim Beli Balik Pajakan (LBS) itu hanya boleh dimanfaatkan oleh pemilik flat empat bilik atau lebih kecil.



Semua pemilik perlu capai usia kelayakan, yang kini ditetapkan pada usia 65 tahun sebelum mereka boleh menjual semula tempoh pajakan.



Akhbar The Straits Times melaporkan, Pemilik juga perlu bergaji $12,000 ke bawah dengan sekurang-kurangnya salah seorang daripada pemilik sebuah flat itu adalah warga Singapura dan masih mempunyai sekurang-kurangnya tempoh 20 tahun untuk dijual.



Pada masa sama, mereka perlu mengekalkan tempoh pajakan minimum 15 hingga 30 tahun, bergantung kepada usia mereka.



Sehingga November 2018, kira-kira lagi 34,000 keluarga akan mendapat manfaat daripada langkah melanjutkan skim itu.



Ini membawa jumlah keseluruhan keluarga yang layak kepada sekitar 130,000, menurut satu kenyataan HDB.



Antara mereka ialah pegawai keselamatan sambilan, Encik Tang Lum Sui, 68 tahun, seorang duda yang menetap sendirian di flat lima biliknya di Jalan Bahagia.



Encik Tang telah menulis petisyen kepada Anggota Parlimen (AP) di kawasannya beberapa kali supaya skim itu, yang diperkenalkan pada 2009, dilanjutkan kepada pemilik rumah sepertinya.



"Saya tidak mahu pindah dari Toa Payoh sebab saya sudah menetap di sini sepanjang hidup saya.



"Saya juga suka yang keluarga anak lelaki saya boleh menetap dengan saya bila-bila masa mereka kembali ke Singapura," ujarnya.



Tambah Encik Tang yang mempunyai baki tempoh pajakan selama 67 tahun, beliau akan terbuka menerima skim diperluaskan itu, selagi ia memberi manfaat kepada beliau.



Langkah melanjutkan skim itu pertama kali diumumkan oleh Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong pada Ogos lalu, sebagai sebahagian langkah jangka pendek menolong warga emas meraih manfaat daripada nilai flat HDB mereka bagi persaraan.



Di samping hasil daripada penjualan baki pajakan mereka kepada HDB, keluarga yang menetap di flat lebih besar juga akan menerima bonus tambahan $5,000.



Menurut HDB, mereka yang berminat dalam skim itu boleh dapatkan kaunseling kewangan agar dapat membuat keputusan yang baik.



Ini termasuk memahami syarat skim itu serta rancangan kewangan awal berdasarkan hasil bersih yang dianggarkan diterima oleh penjual.



Selepas menjual sebahagian daripada tempoh pajakan, pemilik rumah perlu menokok Akaun Persaraan (RA) Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka kepada Jumlah Persaraan Penuh (FRS) berdasarkan kohort usia mereka jika mereka adalah pemilik tunggal.



Pemilik perlu menokok RA CPF kepada Jumlah Persaraan Asas jika terdapat dua atau lebih pemilik.



Setelah itu, keluarga itu boleh menyimpan hasil $100,000 seterusnya yang diterima daripada penjualan itu, dalam bentuk tunai. Jika masih terdapat lebihan daripada hasil penjualan itu, pemilik perlu menokok RA berdasarkan FRS sebelum menyimpan bakinya dalam bentuk tunai.



Sementara kadar sambutan terhadap skim itu agak rendah - kira-kira lebih 3,300 keluarga yang sudah meraih manfaat - pemerhati berkata pelanjutan itu akan dihargai oleh mereka yang benar-benar memerlukannya.




"Saya tidak mahu pindah dari Toa Payoh sebab saya sudah menetap di sini sepanjang hidup saya. Saya juga suka yang keluarga anak lelaki saya boleh menetap dengan saya bila-bila masa mereka kembali ke Singapura."
- Encik Tang Lum Sui, 68 tahun, seorang duda yang menetap sendirian di flat lima biliknya di Jalan Bahagia dan menyambut baik peluasan Skim Beli Balik Pajakan (LBS) bagi flat lima bilik.




SEKILAS



* Skim Beli Balik Pajakan (LBS) dilanjutkan kepada semua flat HDB - termasuk flat lima bilik atau lebih besar, mulai 1 Januari



* Sebelum ini hanya untuk pemilik flat empat bilik atau lebih kecil



* Usia kelayakan adalah 65 tahun



* Sehingga Nov 2018, pelanjutan ini boleh memberi manfaat kepada lagi 34,000 pemilik flat setempat



* Pemilik flat lima bilik atau lebih besar akan terima bonus tunai $5,000




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >