Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENDUDUK DARI TUJUH BLOK DI REDHILL LANE, REDHILL CLOSE JALANI UJIAN SWAB

Warga usaha sama cegah penularan Covid-19

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN Encik Muhammad Haziq Iqbal Mohammed Ismail dan isterinya Cik Nurul Natasha Mohamed Nor sedar akan jumlah kes Covid-19 yang melonjak di Bukit Merah, mereka sama sekali tidak menjangka blok yang dihuni mereka juga akan terjejas.



Malah, pasangan ibu bapa muda itu berkata keadaan itu mencetus kebimbangan, terutama bagi keselamatan anak mereka Muhammad Hayden Mikael Muhammad Haziq Iqbal yang berusia setahun.



Pasangan itu tinggal di Blok 90 , Redhill Close, antara tujuh blok terjejas yang penduduknya diarah pemerintah supaya menjalani ujian swab bagi Covid-19 selepas sisa koronavirus dikesan dalam sisa air dari blok-blok tersebut.



Semalam, apabila ditemui Berita Harian (BH) semasa beliau menjalani ujian swab di pusat ujian sementara di Blok 89 Redhill Close, Encik Haziq Iqbal, 24 tahun berkata:



"Oleh kerana kanak-kanak bawah tiga tahun tidak wajib menggunakan pelitup, dia memang tidak selalu menggunakannya.



"Selepas mendapat tahu kawasan kami pun terjejas, itulah perkara pertama yang saya bimbangkan kerana anak saya terdedah tanpa pelitup.



Justeru, Encik Haziq Iqbal dan isterinya bercadang membawa anak mereka itu ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK untuk menjalani ujian swab.



"Untuk memastikan jika anak saya selamat, kami bercadang menghantarkannya ke KKH untuk menjalani ujian swab," ujar beliau.



Ujian Covid-19 bagi kanak-kanak semuda anak Encik Haziq Iqbal tidak ditawarkan di pusat ujian sementara.



Menjawab pertanyaan BH, jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH) berkata operasi ujian swab mandatori hanya menjalankan ujian swab bagi kanak-kanak berusia tujuh tahun dan ke atas.



Encik Haziq Iqbal dan isterinya semalam, menyertai penduduk-penduduk lain dari blok 81, 82 dan 83 di Redhill Lane dan dari blok 87, 88, 89 dan 90 di Redhill Close, telah menjalani ujian swab mandatori di sana yang bermula sejak kelmarin.



Ujian mandatori bagi kumpulan penduduk itu dijadual berakhir hari ini.



Encik Haziq Iqbal berkata:



"Walaupun tidak menjangka blok saya terjejas, saya rasa langkah ini untuk menjalani ujian swab untuk beberapa blok di kawasan ini baik kerana sekurang-kurangnya, kami akan mendapat tahu dengan lebih awal sebelum keadaan semakin teruk."



Seorang lagi penduduk, Cik Fathimah Shaik, 55 tahun, berkata beliau telah menjangka estetnya juga mungkin terjejas selepas beberapa kes dilaporkan di kawasan berhampiran.



Beliau akur tidak bimbang kerana telah mematuhi langkah pengurusan selamat, tetapi pekerja pentadbiran di tajaka itu lebih prihatin jika beliau membawa virus itu ke tempat kerja.



Justeru, beliau telah mengambil cuti tahunan buat masa ini, katanya.



"Saya tak takut atau apa. Semua peraturan sudah saya ikut dengan teliti. Buat masa sekarang, harus berfikir positif dan ikut sahaja protokol yang diberikan."



Seorang lagi penduduk menjalani ujian swab itu ialah Cik Munirah Azrin, 26 tahun, yang rasa agak bimbang dengan kes jangkitan yang dilaporkan di Bukit Merah, lebih-lebih lagi kerana beliau belum menerima vaksinnya lagi.



"Saya duduk rumah saja, tak mahu keluar rumah. Saya hanya akan dapatkan suntikan dos pertama saya pada Khamis ini. Sementara itu, saya akan duduk rumah demi menjaga keselamatan," kata beliau.



Dalam pada itu, kakitangan dari pasar raya Fairprice di Bukit Merah Central dan pelanggannya turut mula menjalani ujian swab selepas beberapa kes Covid-19 dikesan di kalangan orang yang pergi ke pasar raya itu.



Sebuah pusat ujian sementara telah didirikan di Blok 125A Bukit Merah View.



Kumpulan kakitangan dan orang yang terjejas adalah yang berada di cawangan Fairprice itu antara 3 Jun dengan 21 Jun, kata MOH.




"Untuk memastikan jika anak saya selamat, kami akan menghantarnya ke KKH untuk menjalani ujian swab.

"Walaupun tidak menjangka blok saya terjejas, saya rasa langkah ini untuk menjalani ujian swab untuk beberapa blok di kawasan ini baik kerana sekurang-kurangnya kami akan mendapat tahu dengan lebih awal sebelum keadaan semakin teruk."

- Encik Muhammad Haziq Iqbal Mohammed Ismail, dan isterinya,Cik Nurul Natasha Mohamed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >