Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH TAHUNAN KUMPULAN MEDIA INGGERIS, MELAYU DAN TAMIL (EMTM) 2019

Wartawan BH raih anugerah cemerlang laporkan kisah tentang penghantar makanan berkerusi roda

Apr 04, 2020 | 05:30 AM



LAPORAN terbitan Berita Harian (BH) yang menceritakan kisah seorang penghantar makanan GrabFood yang berkerusi roda telah memenangi Anugerah Kecemerlangan dalam Kewartawanan di Anugerah Tahunan Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil (EMTM) 2019.



Wartawan BH, Cik Nur Humaira Sajat, 24 tahun, yang telah melaporkan kisah tentang Cik Sumaiyah Ghazali itu serta menerbitkan video tentang kehidupan beliau, memenangi anugerah tersebut semalam.



Laporan bertajuk "Mahu berdikari cari rezeki walau tidak dapat 'berlari'" itu dikeluarkan pada Mei tahun lalu di akhbar BH selain menerusi satu video yang telah ditonton lebih satu juta kali di halaman Facebook BH.



Cik Humaira berkata:



"Saya amat gembira yang kisah penghantar makanan Grab Food berkurang upaya itu telah menyentuh hati ramai orang, seperti mana ia telah menyentuh hati saya.



"Ia menjadi peringatan tentang betapa berkesannya seni penceritaan itu dan lebih-lebih lagi, ia mengingatkan saya tentang betapa pentingnya peranan wartawan dalam mengutarakan mesej, meningkatkan kesedaran dan membentukkan tanggapan."



Selepas laporan dan video Cik Humaira diterbitkan, kisah Cik Sumaiyah turut dikongsi oleh beberapa saluran media sosial lain bukan sahaja di Singapura tetapi juga di Indonesia dan Malaysia.



Akhbar Cina Lianhe Wanbao dan Shin Min Daily juga telah membuat laporan susulan.



Cik Humaira juga antara calon Wartawan Muda Terbaik bagi tahun ini.



"Pencalonan itu... satu detik yang amat penting bagi saya, jadi saya amat bersyukur," kata beliau.



Cik Humaira, yang sudah menyertai BH hampir dua tahun, berkata perjalanan beliau sejauh ini amat memperkayakan dirinya.



"Kemenangan dan pencalonan ini bukan hanya bagi saya, tetapi bagi BH dan mengingatkan saya tentang pentingnya surat khabar vernakular dalam masyarakat kita hari ini."



Tahun ini, Anugerah Kecemerlangan dalam Kewartawanan diberikan kepada 15 pemenang. Anugerah Wartawan Terbaik dimenangi oleh Cik Joyce Lim dari The Straits Times (ST), manakala anugerah Wartawan Muda Terbaik dimenangi Encik Tee Zhuo, juga dari ST.



Cik Salma Khalik dari ST memenangi anugerah Laporan Terbaik bagi laporannya "Tribunal SMC tidak adil saman doktor $100,000".




"Ia menjadi peringatan tentang betapa berkesannya seni penceritaan itu dan lebih-lebih lagi, ia mengingatkan saya tentang betapa pentingnya peranan wartawan dalam mengutarakan mesej, meningkatkan kesedaran dan membentukkan tanggapan."
- Wartawan BH, Cik Nur Humaira Sajat, yang memenangi Anugerah Kecemerlangan dalam Kewartawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >