Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wartawan jadi mangsa keadaan tunjuk perasaan di Amerika Syarikat

Jun 01, 2020 | 12:00 PM



MINNEAPOLIS: Pada petang Jumaat lalu, jutaan penonton televisyen menyaksikan wartawan kabel berita, CNN, Omar Jimenez dan anak buahnya ditangkap polis.



Kejadian yang dirakamkan secara langsung itu berlaku semasa para wartawan membuat liputan tunjuk perasaan berikutan kematian warga berkulit hitam, George Floyd, di Minneapolis.



Memburukkan lagi keadaan, dua petugas TV Reuters terkena peluru getah dan kamera jurugambarnya dihancurkan di Minneapolis pada Sabtu malam ketika serangan terhadap wartawan yang membuat liputan rusuhan awam di bandar itu.



Rakaman yang dibuat jurukamera Julio-Cesar Chavez menunjukkan seorang pegawai polis mengarah ke arahnya ketika polis melepaskan peluru getah, penyembur lada dan gas pemedih mata untuk menyuraikan kira-kira 500 penunjuk perasaan di barat daya kota sejurus selepas perintah berkurung yang bermula 8 malam itu.



"Seorang pegawai polis yang saya rakam pergerakannya berpusing dan mengarahkan senapangnya yang diisi peluru getah tepat ke arah saya," kata Chavez.



Beberapa minit kemudian, Chavez dan penasihat keselamatan Reuters Rodney Seward terkena peluru getah itu ketika mereka berlindung di sebuah stesen minyak berdekatan.



Pada rakaman yang dirakam ketika mereka berlari bagi menyelamatkan diri, terdengar beberapa tembakan dan Seward berteriak, "Saya terkena peluru getah di muka saya."



Kejadian itu adalah salah satu daripada sejumlah serangan ke atas wartawan yang membuat liputan tunjuk perasaan yang meletus di seluruh Amerika Syarikat setelah kematian Floyd di Minneapolis.



Selain wartawan Reuters, sekurang-kurangnya 15 anggota media berita lain cedera pada hari Sabtu dalam insiden di mana polis melepaskan peluru getah atau gas pemedih mata, menurut pertubuhan wartawan, The Reporters Committee for Freedom of Press. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >