WARTAWAN mapan Encik Ismail Kassim, yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan Singapura dan naib presiden Gabungan Wartawan Asean, telah meninggal dunia akibat barah.
Beliau berusia 77 tahun.
Allahyarham Ismail, yang dikenali menerusi laporannya tentang pergolakan politik di Malaysia dan Indonesia, dan sebagai pengarang buku, meninggal dunia semalam, di Hospital Besar Changi.
Allahyarham pada mulanya bertugas sebagai guru pada awal tahun 190-an, tetapi melanjutkan pengajian ke Universiti Nasional Singapura (NUS) di mana beliau merangkul ijazah sarjana jurusuan Sains Sosial (Sains Politik).
Beliau menyertai bidang kewartawanan pada usia 30-an tahun, sebagai penulis rencana bagi akhbar harian New Nation pada 1972. Beliau berpindah ke The Straits Times (ST) pada 1982.
Bekas ketua editor ST Encik Cheong Yip Seng, mengingati Allahyarham sebagai ‘perintis’ yang mempunyai minat mendalam terhadap Malaysia dan Indonesia.
“Beliau diberi kebebasan (untuk mencari berita) dan menjelajah secara kerap ke Malaysia. Beliau memupuk kenalan dalam rangkaian politik peringkat tinggi di Kuala Lumpur, dan memberi kami maklumat latar belakang yang tidak boleh diperolehi dari agensi berita yang menjadi sumber berita utama kami,” kata Encik Cheong.
Tambah beliau: “Bidang kewartawanan di Singapura terhutang budi kepada Ismail.”
Perwatakan sebuah kawasan kejiranan ditakrifkan oleh ruangnya, kegiatan yang dilakukan di ruang tersebut dan penduduk yang tinggal, kerja dan main di setiap kejiranan.
Lembaga Warisan Negara (NHB)
Meskipun baru enam bulan ditubuhkan sejak Oktober 2023, band Singapura, ORA, sudah menetapkan matlamat ingin menembusi pasaran antarabangsa dengan menjalankan persembahan atau ‘gig’ jelajah ke enam
NEW YORK: Khidmat teksi robot, atau kenderaan tanpa pemandu yang boleh membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat, telah mendapat sorotan negatif dek berlaku beberapa pelanggaran di jalan raya
Lagu Lebaran yang dicipta bukan setakat merakam dan menyebarkan keceriaan menyambut 1 Syawal yang mulia.
Buat penyanyi dan komposer Singapura, Rudy Djoe, sesebuah lagu Hari Raya tetap boleh memainkan
Dalam kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab, ibu bapa dan penjaga sering terjerat dalam kesibukan sehingga mudah mengabaikan kesan penting tabiat harian kanak-kanak.
Namun begitu, satu
Walaupun beliau sudah lama mengumumkan pengundurannya daripada dunia seni hiburan, pelakon, penyanyi dan peragawati, Noorkumalasari, yang popular pada era 1980-an tetap masih mendapat perhatian
Di jalanan yang sibuk di Jakarta, mata penyanyi Eka Mairina mencari-cari gelandangan yang menumpang teduh di tepi jalan, di bawah jambatan dan ceruk-ceruk lorong.
Sambil memandu keretanya yang sarat
Kalau sentuh bab Raya, kanak-kanaklah golongan yang paling teruja menyambutnya.
Manakan tidak, Hari Raya adalah masa untuk mereka ‘berasa’ mempunyai wang yang banyak dalam genggaman.
Pasti sebagai ibu
Sebagai satu langkah proaktif untuk mempromosikan kelestarian dan kreativiti, Marina Square bergabung dengan Peace of Art, sebuah badan bukan meraih untung tempatan yang menyokong kanak-kanak
Dengan cuaca panas dan indeks ultraungu (UV) yang meningkat pada akhir Mac, dan dijangka berterusan sepanjang April dan Mei, para doktor dan pakar menasihatkan orang ramai supaya memakai tidak hanya

Bekas wartawan, Encik Salim Osman, yang pernah bertugas di meja berita ST dan Berita Harian, berkata beliau berdukacita apabila mendapat tahu tentang kematian Allahyarham.
Encik Salim, 67 tahun, berkata beliau bertemu Allahyarham setiap minggu dan menganggap beliau sebagai mentornya.
“Semasa kami membuat liputan politik di Malaysia dan Indonesia, beliau membenarkan saya mengekorinya dan mengajar saya tentang isu yang perlu diberi perhatian dan cana menulis tentang isu-isu itu,” kata Encik Salim.
“Para editor mempercayainya dan membenarkannya pergi ke mana sahaja yang diingini, dan beliau sentiasa menyumbangkan laporan yang baik.”
Melebihi keupayaan Allayarham dalam bidang kewartawanan, Encik Salim berkata Allahyarham akan dikenang sebagai seorang yang baik dan baik budi, yang selalu meluangkan masa untuk rakan kerja dan bertanyakan khabar.
“Beliau bersikap amat rendah hati dan ramah, dan sentiasa ada masa untuk berbual kosong. Saya akan amat merinduinya,” kata Encik Salim.