Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wartawan wanita diraba semasa membuat liputan Piala Dunia secara langsung

Jun 21, 2018 | 05:14 PM



SEORANG wartawan wanita diraba dan dicium seorang lelaki semasa membuat liputan secara langsung bagi Piala Dunia 2018 di Russia Jumaat lalu (15 Jun).



Namun, itu tidak menghalang Cik Julieth Gonzalez Theran daripada terus membuat liputan itu dari Saransk bagi saluran berita Sepanyol, Deutsche Welle.



Wartawan itu kemudian mengecam perbuatan lelaki itu menerusi Instagram.



“Hormatlah! Kami tidak layak menerima layanan begini.



“Kami juga sama... profesional. Saya kongsi keseronokan bola sepak tapi kita harus sedar had bagi menunjuk rasa sayang dan gangguan,” katanya dalam bahasa Sepanyol.



Dalam satu video yang tular di media sosial, seorang lelaki yang tidak dikenal pasti mendekati Cik Gonzalez Theran semasa beliau sedang menyampaikan laporannya, memegang tubuhnya dan mencium pipinya sebelum beredar pergi.



“Saya berada di situ selama dua jam untuk membuat persiapan bagi siaran langsung ini dan tiada gangguan pun.



“Apabila tiba masa untuk saya menyampaikan laporan secara langsung itu, peminat bola sepak ini mengambil kesempatan pula,” katanya. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >