Waspada terhadap jenayah di bazar Geylang Serai
Jun 11, 2016 | 05:30 AM
POLIS mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap perbuatan jenayah di Bazar Hari Raya Geylang Serai.
Ia juga memberi amaran agar orang ramai tidak meletupkan 'bahan letupan diubah suai' yang diperbuat daripada bunga api semasa musim perayaan ini.