Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Waterway Point siasat punca tangga bergerak tercabut

Sep 29, 2019 | 06:02 PM



PUSAT beli-belah, Waterway Point sedang siasat punca sebahagian tangga bergerak di pusat itu tercabut semalam (28 September), menjejas pelanggan di pusat beli-belah itu.



Jurucakap Waterway Point memberitahu The Straits Times (ST) bahawa kejadian itu berlaku pada 11.45 pagi semalam.



Tapak tangga bergerak di tingkat satu tercabut dan tangga bergerak itu rosak, katanya.



Menurut ST, tiada kecederaan dilaporkan.



Kawasan terjejas itu dikepung dan kakitangan keselamatan di tempat kejadian memberi arahan kepada pelanggan.



“Pelanggan diingatkan supaya berjaga-jaga apabila menggunakan tangga bergerak, terutama sekali apabila membawa troli atau kereta tolak bayi. Kami kesal atas kesulitan yang timbul,” katanya.



Pengguna Facebook, Cik Melissa Chong berada di dalam pusat membeli-belah sewaktu kejadian. Beliau menyaksikan bahawa terdapat beberapa orang yang terjatuh apabila sebahagian tangga bergerak itu tercabut.



Dalam Facebooknya, Cik Chong akur akan respons segera diberikan pengawal keselamatan.



Jurucakap Waterway Point menyatakan pihak pengurusan sedang bekerja dengan pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian tersebut dan tangga bergerak itu akan beroperasi semula setelah disahkan selamat untuk diguna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >