Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Watikah pemenang anugerah teladan

Nov 18, 2019 | 12:00 AM



WATIKAH BUAT CIKGU ARFAH BUANG



Dengan Biasiswa Pendidikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam genggaman dan segulung ijazah sarjana muda sebagai bekalan berserta keringat keazaman mulai langkah mendidik anak bangsa.



Diri hadir di dalam dunia perguruan ibarat pelangi petang yang muncul di celah-celah kamar kehidupan.



Kini, pengalaman seluas dunia maya berpencak dan bertarung di medan ICT di Kementerian Pendidikan memperkasa diri dan segala macam projek diceburi

Pakej Mekar, Projek 10M Aksara

Lelaman Nadi dialah bergelar srikandi teknologi.



Kata seorang pujangga negara jadilah seperti tiram yakin akan sumbangan mutiara biar kecil terpencil tetap bersyukur dan jujur akan kewujudannya.



Di Sekolah Sains dan Teknologi Srikandi dengan penuh adab membuka gelanggang

Berdiri sama tinggi dengan pendidik seantero dunia

Program penyerapan pendidik luar negara

Persidangan ICT di peringkat nasional

Pembelajaran Gunaan

Mentor pengajaran

Anugerah Cemerlang Pendidik Apple menjadi mercu kerjaya.



Aspirasi dan perjuangan melahirkan insan yang arif bahasa Melayu disemai dengan nilai-nilai budiman yang bakal menjadi permata dan kemegahan bangsa.



BIODATA RINGKAS



Penerima AGAB 2019, Kategori Teladan



Sekolah: Sekolah Sains & Teknologi, Singapura



Usia: 44 tahun



Jawatan: Guru Kanan



Jangka masa perkhidmatan: 20 tahun




WATIKAH BUAT CIKGU SABRINA SAMSURI



Subur berkembang seorang guru tidak kenal penat lelah, tidak kenal jemu mengajar sambil belajar, seronok meraih ilmu dari Diploma ke Sarjana Melayu.



Sekian lama menabur bakti pelbagai cabaran, bukan rintangan tetap teguh pada hati guru ini berdedikasi.



Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit semangat semakin menggunung tingginya tak kenal maka tak cinta.



Pelbagai kaedah bermacam cara bahan bacaan menjadi kajian aplikasi E-book diuji terperinci kertas kerja dikongsi bukan sahaja di dalam negeri bahkan ke Persidangan



Antarabangsa WALS di Universiti Nagoya.



Detik manis lagi indah bila induk pelajar menghargainya anak yang dulunya serba tidak reti sudah berjaya dalam Peperiksaan PSLE.



Harapannya tinggi menggunung anak didik cemerlang pelbagai bidang tidak sombong tidak pincang adab budaya pun tidak kurang sopan pekerti menjadi cerminan nilai bangsa, berperibadi mahunya agar mereka akan ikut resmi padi makin berisi, makin tunduk. jadi cendekia berpersonaliti.



BIODATA RINGKAS



Penerima AGAB 2019, Kategori Teladan



Sekolah: Sekolah Rendah Zhenghua



Usia: 38 tahun



Jawatan: Guru Kanan



Jangka masa perkhidmatan: 17 tahun




WATIKAH BUAT CIKGU SITI MARIAM MANSHOR



Tiga belas tahun menabur bakti

Bermula di Sekolah Menengah Yuhua

Berhijrah ke Sekolah Menengah Crest

Terpanggil untuk membangun anak bangsa



Pelbagai cabaran diharungi

Pahit getir semua dirasai

Sokongan rakan sekerjaya dihargai

Membuat diri lebih matang dan lebih memahami



Pengalaman perjalanan kerjaya mendewasakan

Kebajikan pelajar menjadi keprihatinan

Kerjasama ibu bapa sentiasa diusahakan

Menjamin kesejahteraan dan kemaslahatan



Anak didik dewasa kian

Ke puncak jaya melanjutkan pengajian

Meraih pencapaian demi pencapaian

Menjadi kebanggaan ibu bapa sekalian



Guru tersenyum lebar

Bangga dengan iltizam pelajar

Rupanya, usaha guru tidak sia-sia

Mendidik mereka menjadi manusia berguna



Nasihat guru kepada pelajar

Setinggi mana pendidikan kita

Tidak lengkap jika tidak bernilai dan berbudi

Apabila sudah berjaya jangan sesekali lupa diri



Pembelajaran sepanjang hayat

Menjadi panduan hidup

Berkongsi ilmu dan meyumbang bakti

Semoga semua mendapat manfaat dan diberkati.



BIODATA RINGKAS



Penerima AGAB 2019, Kategori Teladan



Sekolah: Sekolah Menengah Crest



Usia: 36 tahun



Jawatan: Penyelaras Tingkatan Bahasa Melayu



Jangka masa perkhidmatan: 13 tahun enam bulan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >