Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Webinar tangani stigma kegemukan yang boleh hambat ramai dapat bantuan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Webinar tangani stigma kegemukan yang boleh hambat ramai dapat bantuan

Mar 06, 2022 | 05:30 AM

MASALAH kegemukan di Singapura semakin meningkat tetapi stigma mengenai keadaan itu - seperti sering dikaitkan dengan kemalasan dan kurang disiplin - boleh menjadikan orang keberatan mendapatkan bantuan, menurut para pakar perubatan dan kesihatan mental.

Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional telah mengadakan webinar Hari Kegemukan Sedunia semalam, yang menangani isu itu serta isu lain seperti senaman, dan menarik lebih 350 peserta menerusi Zoom dan Facebook live.

Dr Lee Yingshan, konsultan endokrinologi di Hospital Tan Tock Seng (TTSH), berkata semasa acara itu bahawa kegemukan disalah anggap sebagai akibat pilihan gaya hidup yang kurang baik.

"Adalah satu tanggapan yang salah bahawa dengan mengurangkan makan dan melebihkan pergerakan akan merawat kegemukan.

"Ini menyebabkan sikap menuding jari kepada mereka yang mengalami hal ini. Mereka yang menghadapinya juga akan mula fikir ini adalah salah mereka," ujar Dr Lee.

Ini berikutan hasil Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional, yang diadakan di antara Julai 2019 dan Mac 2020, mendedahkan 20.7 peratus rakyat tergolong dalam kategori indeks jisim tubuh (BMI) 27.5 ke atas, kenaikan dua mata peratusan sejak 2017.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3