Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WEF: S'pura ekonomi paling berdaya saing di dunia

Oct 09, 2019 | 07:56 AM



SINGAPURA merupakan ekonomi paling berdaya saing di dunia, mengalahkan Amerika, menurut Laporan Daya Saing Sedunia yang dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia (WEF).



Negara ini mendapat 84.8 dari 100 markah untuk mengambil tempat pertama dari 141 ekonomi lain di dunia.



Amerika Syarikat, yang menduduki tangga pertama tahun lalu, mendapat 83.7 mata. "Singapura dapat membaiki kedudukan dari pangkalan markah yang tinggi,'' kata WEF semalam, sambil menambah bahawa negara ini mendapat tempat pertama bagi prasarana yang merupakan salah satu dari 12 penilaian yang digunakan.



Singapura juga mendapat nombor satu bagi dua indeks lain iaitu kadar jangka hayat sihat bagi warganya dan pasaran buruh.



Ia juga mendapat markah tinggi bagi sistem kewangan, keberkesanan pasaran dan kestabilan makroekonomi.



"Singapura mendapat penilaian kedua bagi mutu institusi awam, di belakang Finland tetapi prestasinya terjejas dengan pemeriksaan dan imbangan yang terhad,'' ujar laporan itu.



Laporan itu menambah negara ini perlu mempromosikan keusahawanan dan membaiki pangkalan kemahiran untuk menjadi hab inovasi sejagat.



Di sebalik prestasi lebih lemah tahun ini, WEF menyatakan Amerika masih menjadi kuasa besar dalam bidang inovasi. Ia masih menduduki tangga pertama dari segi dinamik perniagaan dan menjadi lokasi bagi salah sebuah sistem kewangan paling dinamik di dunia.



Sementara itu, Hongkong menaiki empat tangga untuk menduduki tempat ketiga. Ia mendapat tempat pertama dalam kestabilan makroekonomi, kesihatan, sistem kewangan dan pasaran produk.



Belanda dan Switzerland masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima. Laporan Daya Saing Sedunia dilancarkan pada 1979 bagi memberi penilaian tahunan mengenai pendorong daya saing dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >