Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

'WGS akan terap lebih banyak aspek kehidupan, lampaui bahasa dan budaya'

Setempat
27
0

WISMA GEYLANG SERAI

'WGS akan terap lebih banyak aspek kehidupan, lampaui bahasa dan budaya'

Nov 22, 2020 | 05:30 AM

WISMA Geylang Serai akan berusaha menerapkan lebih banyak aspek kehidupan dalam masyarakat, melampaui bidang budaya dan bahasa, untuk mendekati dan menarik lebih ramai golongan.

Ini termasuk mengadakan acara seperti pameran kerjaya untuk membantu golongan pencari kerja, terutama sekali semasa pandemik Covid-19 ini, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

"Harapan saya agar WGS akan menjadi destinasi sebagai satu ruang dikongsi sama bagi pelbagai aspek dalam kehidupan kita sebagai masyarakat Melayu di Singapura, serta masyarakat lebih luas yang berbilang budaya dan kaum," kata Dr Faishal.

Beliau menerajui WGS sejak September lalu, mengambil alih tugas Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman, yang telah tujuh tahun memimpin WGS.

Di samping itu, WGS boleh menjadi tempat pembelajaran bahasa dan budaya bagi pelajar, kata Dr Faishal.

"Kami ingin memberi peluang kepada anak muda untuk mempelajari dan mengalami kawasan Geylang Serai.

"WGS tidak wujud dengan sendirinya tetapi bersama Pasar Geylang Serai dan kawasan lebih luas.

"Kami ingin anak muda pelajari tentang budaya dan merasakan semangat Geylang Serai," ujar Dr Faishal.

Semua inisiatif itu diharapkan dapat menyuntik kepelbagaian merangkumi pelbagai aspek kehidupan kepada kegiatan dan program yang ditawarkan Wisma Geylang Serai.

Dalam pada itu, pelbagai kegiatan akan diteruskan di WGS secara hibrid, iaitu di dalam talian dan secara fizikal, kata Dr Faishal.

Antara kegiatan yang akan datang termasuk sambutan ulang tahun WGS yang kedua tidak lama lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3