Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WGS anjur drama muzikal susuri kisah masyarakat

Muzikal '1965 Geylang Serai' pertama kali dianjurkan antara pelbagai acara seni, budaya bagi beberapa bulan mendatang
Mar 22, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam kini dapat menantikan pelbagai acara dan aktiviti budaya serta seni yang dianjurkan Wisma Geylang Serai (WGS), baik dalam talian mahupun secara fizikal dalam beberapa bulan mendatang termasuk bulan Ramadan.



Antaranya WGS menganjurkan buat pertama kali dua drama muzikal - 1965 Geylang Serai yang diadakan semalam dan kelmarin,



dan Minah Karen yang akan diadakan Jun ini.



Acara dan kegiatan itu dikendalikan tiga kakitangan Jalur Budaya Geylang Serai yang mempunyai tanggungjawab untuk menjalankan program tersebut dengan jaya.



Pasukan itu terdiri daripada Penolong Pengarah Pembangunan Presint/Tugas Khas WGS, Encik Hajah Mohaideen Kamal Batcha; Pengurus Operasi & Pengurusan Acara, Cik Zubaidah Lah; dan Pengurus Pembangunan dan Usaha Mendekati Masyarakat, Cik Syafiqah Jawalistan.



Mereka memberi sokongan kesetiausahaan kepada agensi, membantu operasi dan menganjurkan acara dan program kreatif untuk melibatkan masyarakat di Geylang Serai.



Mengulas mengenai muzikal drama '1965 Geylang Serai', Encik Hajah berkata muzikal tersebut mengimbas semula pahit manis kehidupan di Geylang Serai pada era 1965 berselang-selikan irama Pop Yeh Yeh sebagai pencetus nostalgia.



"Kehidupan pada waktu itu kita tahu agak sukar. Muzikal ini menunjukkan bagaimana masyarakat di kawasan Geylang Serai teguh bersatu mencapai kehidupan lebih baik dalam tempoh tersebut.



"Ia juga menunjukkan bagaimana mereka dapat mencari kebahagiaan melalui hiburan seperti Pop Yeh Yeh," kata Encik Hajah yang juga merupakan penerbit bersama muzikal itu.



Katanya, usaha itu diharap dapat memperkukuhkan WGS sebagai pusat kesenian di Jalur Budaya Geylang Serai.



Seramai 30 anak seni telah menjayakan muzikal tersebut termasuk Awal'liyah Ja'afar, Yu Lin Ng, Drake Lim dan Kirana Seni.



Band Pop Yeh Yeh popular Rudi & The Wisma 2 turut menyerikan persembahan.



Muzikal hasil kerjasama WGS, A'Arts dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) itu dipentaskan di Project Studio tingkat empat WGS.



Ekoran Langkah Pengurusan Selamat (SMM), hanya wartawan dijemput menghadiri muzikal itu.



Kru jurugambar dan juruvideo media pun tidak dibenarkan masuk.



Persembahan akan dirakam lalu dimuatnaikkan ke laman Facebook WGS dan YouTube awal bulan depan.



Berkongsi lebih lanjut mengenai muzikal 'Minah Karen', Encik Hajah berkata ia menceritakan kisah kegemilangan golongan wanita dalam industri elektronik di Singapura pada tahun 70-an hingga 80-an.



"Saya rasa ramai mungkin tidak tahu bahawa masyarakat yang bekerja dalam industri itu merupakan 'kakak-kakak' kita yang telah menyumbang banyak kepada ekonomi kita. Ini cara untuk kami memberi penghormatan kepada mereka dan mengongsi kisah menarik ini kepada masyarakat," katanya.



Muzikal yang akan dipentaskan pada Jun ini akan diarahkan bersama oleh Pengurus besar WGS, Encik Nur Effendi Esa.



Bagi mereka yang akan merindui suasana bazar Raya Geylang Serai pula, usah khuatir kerana satu siri video Jaguh Memasak hasil kerjasama WGS dan Berita Harian (BH) boleh mengubati rindu itu semasa Ramadan.



Siri video 10 episod itu mengetengahkan peniaga makanan dan minuman (F&B) di bazar kegemaran ramai dan mengajak penonton bersiar-siar di sekitar Geylang Serai.



Siri yang bermula sejak 5 Mac lalu itu akan berlanjutan sepanjang Ramadan dan boleh ditonton di laman Facebook WGS dan BH setiap Jumaat 8.30 malam.



Selain itu, ramai boleh menantikan program dalam talian seperti Festival Filem Geylang yang merupakan panggilan terbuka bagi masyarakat untuk menghantar filem pendek mengenai Geylang Serai serta Cerita@Geylang Serai - satu inisiatif untuk menerbitkan siri buku yang mendokumentasikan Geylang Serai.



Ruang berbumbung baru, Anjung@WGS juga bakal dibina tahun ini di tapak bersebelahan WGS yang dapat digunakan untuk acara sukan, perkahwinan dan pameran serta kegiatan masyarakat.



- LAPORAN TAMBAHAN NURUL AIN RAZALI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >