Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

WGS anjur senaman tarian Melayu terbesar dalam talian

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

WGS anjur senaman tarian Melayu terbesar dalam talian

Jan 23, 2022 | 05:30 AM

SATU rekod baru bagi 'Senaman Tarian Melayu Terbesar Dalam Talian' telah dicatatkan dan diiktiraf dalam Buku Rekod Singapura, pagi semalam.

Lebih daripada 200 orang telah mengambil bahagian dalam acara Senaman Tarian Melayu dan Zumba WGS, dengan 70 menghadiri sesi senaman itu secara fizikal di WGS (gambar atas) dan bakinya dalam talian.

Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, turut menghadiri acara itu serta menerima sijil pengiktirafan catatan rekod itu yang kini diterapkan dalam Buku Rekod Singapura.

Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada acara ulang tahun ketiga Wisma Geylang Serai hujung minggu ini.

Antara peserta yang hadir Conor Bruce, 15 tahun, yang bersenam bersama keluarganya berkata acara tersebut memberi peluang kepada lebih ramai orang menikmati tarian Melayu dalam suasana yang santai tetapi pada masa yang sama menyihatkan.

"Selepas sekian lama pandemik, saya rasa ini merupakan cara yang baik untuk masyarakat kembali bersama sambil bersenam mengikut gerak tari tarian dan irama Melayu.

"Ia juga memberi peluang masyarakat menghargai budaya itu sendiri," katanya.

WGS telah bekerjasama dengan Sri Warisan dan GlowCo Move, masing-masing pakar dalam bidang tarian Melayu dan Zumba bagi acara ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3