Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

WGS bakal anjur 4 bazar bertema

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

WGS bakal anjur 4 bazar bertema

Aug 07, 2022 | 05:30 AM

WISMA Geylang Serai (WGS) akan menganjurkan empat bazar bertema dari sekarang hingga hujung tahun ini.

Bazar yang akan dianjurkan kelak akan menarik khalayak dengan minat yang berbeza, selain memastikan pemilihan gerai dan produk dagangan disusun teliti.

Sempena perayaan Hari Kebangsaan di kawasan kejiranan itu, WGS telah bekerjasama dengan Orange Travel dalam menganjurkan bazar "ChillOutz" mulai semalam sehingga 14 Ogos ini.

Bazar ini beroperasi setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam dengan 40 reruai unik dibangunkan di sepanjang jalan depan WGS.

Tempat duduk juga disediakan.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang merupakan Penasihat Utama WGS berharap mereka dapat terus meningkatkan dan memaksimakan penggunaan ruang masyarakat di WGS.

"Kami berazam untuk menjadikan tempat ini sibuk dan lebih semarak. Semoga dengan empat bazar bertema yang akan datang dan program fizikal seperti konsert bulanan yang dinamakan 'Dari Pentas Persada Budaya kami harap semua dapat hadir."

WGS merancang mengadakan 'Pesta Makanan Geylang Serai' pada 7 hingga 11 September ini; pesta bertemakan lumba kereta litar Formula Satu (F1) (30 September hingga 2 Oktober); dan, Bazar Lambak dari 2 hingga 11 Disember ini.

Kesemua ini diadakan susulan kejayaan Bazar Hari Raya di WGS sepanjang Ramadan 2022 yang menarik lebih 800,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat - sekali gus mencerminkan perpaduan dan keharmonian masyarakat setempat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3