Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WGS hidang aneka program digital, fizikal bagi Bulan Bahasa tahun ini

Faishal hargai sumbangan Wisma Geylang Serai pertingkat kesedaran, pemahaman bahasa dan budaya Melayu
Sep 10, 2021 | 05:30 AM



WISMA Geylang Serai (WGS) memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat memelihara bahasa dan budaya Melayu, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Sebagai lambang masyarakat Melayu di Singapura, WGS, kata Dr Faishal, akan terus menyumbang dan menyokong usaha Bulan Bahasa.



Mengumumkan pelancaran lima program berbeza anjuran WGS dengan kerjasama beberapa pertubuhan seni, beliau berharap program itu dapat meningkatkan kesedaran dan pemahaman bukan bahasa sahaja, bahkan budaya Melayu.



"Melalui pelbagai kegiatan yang ditawarkan, saya harap ia dapat mempelbagaikan lagi kaedah dan usaha memupuk cinta bahasa Melayu," katanya.



"Pada waktu ini, masyarakat kita mempunyai cabaran berbeza kerana ramai anak muda kita kurang berbahasa melayu.



"Tugas WGS ialah menyokong Jawatankuasa Bulan Bahasa dengan menawarkan program-program bermutu. Kepelbagaian kaedah dan fokus menyemarakkan lagi Bulan Bahasa tahun ini," tambah beliau.



Tahun ini WGS akan menyajikan pelbagai program digital dan fizikal untuk semua lapisan masyarakat.



Antaranya ialah bengkel bangsawan bagi kanak-kanak, Jom Belajar@ WGS, pelancaran buku Cerita @ Geylang Serai, Samudera Seni oleh seniman teater Nadiputra serta Alunan Nusantara.



Bengkel kanak-kanak itu dijalankan dengan kerjasama Anggerik Temasek Bangsawan (ATB) dan bagi kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun. Ia bertujuan mengajar mereka tentang enam elemen bentuk seni. Peserta akan mengikuti tiga sesi latihan secara fizikal sebelum menghasilkan pementasan pada sesi terakhir.



WGS dan ATB yakin dengan mendedahkan kanak-kanak dari usia muda, ia akan menimbulkan minat pada bangsawan.



Bagi program dalam talian, Samudera Seni akan dihasilkan oleh Nadiputra, seorang penulis drama, pengarah, penerbit dan kurator bagi kumpulan itu.



Ia merupakan persembahan seni yang mempamerkan pelbagai intipati seni dan sastera halus Melayu, melibatkan penggunaan muzik, syair, pantun, tarian, seni visual dan seni bela diri.



Persembahan dalam talian itu akan menggunakan alat muzik seperti seruling, biola dan rebana.



"Seni Samudera adalah lautan seni yang pada mata kasar tidak mempunyai sebarang makna. Tetapi apabila dicungkil di dalamnya, (ada) bermacam-macam khazanah di dalam laut yang terdapat dalam seni budaya Melayu," kata Nadiputra.



"Saya berharap masyarakat Melayu dan bukan Melayu secara umumnya dapat mendekati bahasa Melayu dan memahami bahasa itu, penggunaannya dan perkara lain berkaitan dengan bangsa Melayu," tambahnya, sambil mendedahkan bahawa Dr Faishal akan turut mengambil bahagian dengan membaca pantun.



Samudera Seni akan ditayangkan di laman Facebook dan YouTube WGS pada 2 Oktober.




"Melalui pelbagai kegiatan yang ditawarkan, saya harap ia dapat mempelbagaikan lagi kaedah dan usaha memupuk cinta bahasa Melayu. Pada waktu ini, masyarakat kita mempunyai cabaran berbeza kerana ramai anak muda kita kurang berbahasa Melayu. Tugas WGS ialah menyokong Jawatankuasa Bulan Bahasa dengan menawarkan program-program bermutu. Kepelbagaian kaedah dan fokus menyemarakkan lagi Bulan Bahasa tahun ini."
- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Dalam Negeri), mengenai peranan penting Wisma Geyang Serai (WGS) dalam membantu masyarakat memelihara bahasa dan budaya Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >