Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WGS mahu cipta rekod acara senaman dalam talian

Acara diadakan sempena ulang tahun ketiga WGS
Jan 09, 2022 | 05:30 AM



WISMA Geylang Serai (WGS) ingin membuka lembaran 2022 dengan mencipta rekod baru - menerusi acara 'Senaman Tarian Melayu Terbesar Dalam Talian' - bagi catatan Buku Rekod Singapura.



Rekod itu diharap dapat dicapai semasa acara Senaman Tarian Melayu dan Zumba WGS yang diadakan secara serentak - acara fizikal dan maya - pada 22 Januari ini yang diadakan secara percuma.



Untuk mengambil bahagian, peserta hanya perlu hadir dan mengambil bahagian dengan melakukan senaman ikut rentak zumba dan gerak tarian Melayu yang ditunjuk pada hari acara.



Menjawab pertanyaan Berita Minggu, pengurus besar Wisma Geylang Serai, Encik Nur Effendi Esa, berkata:



"Sempena ulang tahun ketiga WGS, kami ingin membuat aktiviti yang dapat mencatatkan rekod. Akhirnya, kami memutuskan untuk mencatat rekod bagi 'Senaman Tarian Melayu Terbesar Dalam Talian' yang bakal diiktiraf dalam Buku Rekod Singapura.



"Dengan usaha ini, WGS mahu mendorong masyarakat untuk giat bersukan demi kesihatan."



Encik Effendi menambah WGS memilih senaman zumba dan tarian Melayu kerana ingin menerapkan elemen budaya kerana WGS adalah pusat sivik seni dan budaya.



WGS bekerjasama dengan Sri Warisan dan GlowCo Move - masing-masing pakar dalam bidang tarian Melayu dan Zumba.



Bagi penutup acara, peserta juga akan menari dengan iringan lagu baru Orkestra Melayu Singapura, berjudul Mari Ke Wisma Geylang Serai, yang baru dilancarkan di Konsert Orkestra Melayu Singapura di Panggung Victoria hujung tahun lalu.



Menurut Encik Effendi, rekod ini belum pernah dicatatkan. Namun, WGS sasar untuk mengumpulkan 1,000 peserta.



Bagi mematuhi peraturan jarak selamat, hanya 50 peserta dibenarkan menyertai acara secara fizikal di WGS, manakala selebihnya akan mengikuti acara dalam talian melalui aplikasi Zoom.



Sehingga semalam, lebih 60 peserta telah mendaftar dan kuota fizikal acara itu telah diisi. Mereka yang berminat untuk mengambil bahagian boleh mendaftar di pautan berikut go.gov.sg/0t9sdn.




"Sempena ulang tahun ketiga WGS, kami ingin membuat aktiviti yang dapat mencatatkan rekod. Akhirnya, kami memutuskan untuk mencatat rekod bagi 'Senaman Tarian Melayu Terbesar Dalam Talian' yang bakal diiktiraf dalam Buku Rekod Singapura."
- Pengurus besar Wisma Geylang Serai, Encik Nur Effendi Esa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >