Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WGS, BUDAYA & WARISAN

WGS perluas usaha dekati massa

Dec 27, 2020 | 05:30 AM



SEDANG Wisma Geylang Serai (WGS) bakal menyambut ulang tahunnya yang kedua bulan depan, orang ramai boleh menjangkakan lebih program yang pelbagai selain program sivik dan budaya.



Berkongsi demikian, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata mereka juga akan memperluas usaha mendekati orang ramai.



Selain meraikan WGS, Dr Faishal berkata mereka juga ingin memupuk sebuah masyarakat penyayang.



"Kami akan bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) dan agensi pemerintah untuk menganjurkan pameran pekerjaan dan SkillsFuture sementara meraikan identiti budaya kita," ujar Dr Faishal.



Tambahnya, mereka akan berusaha menjadikan WGS sebuah tempat yang bukan sahaja inklusif, tetapi juga melambangkan identiti berbilang budaya dan bangsa Singapura.



Dr Faishal telah menerajui WGS sejak September lalu, mengambil alih tugas Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman, yang telah tujuh tahun memimpin institusi itu.



Di bawah projek Jalur Budaya Geylang Serai yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan (NDR) pada 2018, Dr Maliki berkata mereka telah mendekati lebih 10,000 orang menerusi pelbagai wadah termasuk bengkel bagi memberi peluang kepada peserta berkongsi idea mereka, sesi townhall, perbincangan kumpulan fokus dan tinjauan di dalam talian.



Hasil idea yang diperolehi menerusi usaha mendekati masyarakat itu, Dr Maliki yang menerajui projek membangunkan kawasan sekitar WGS itu berkata mereka akan mengusulkan beberapa projek.



Tambahnya, projek itu akan diumum sempena sambutan ulang tahun kedua WGS bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >