Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

WGS rancang lebih banyak bazar musiman, di luar bulan Ramadan: Faishal

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

WGS rancang lebih banyak bazar musiman, di luar bulan Ramadan: Faishal

May 21, 2022 | 05:30 AM

MASYARAKAT boleh menjangkakan lebih banyak bazar dianjurkan di kawasan Wisma Geylang Serai (WGS) di luar bulan Ramadan dan musim perayaan pada masa depan.

Bazar-bazar musiman ini akan diadakan sempena acara atau sambutan istimewa, misalnya pada Hari Kebangsaan.

Demikian didedahkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga penasihat utama WGS ketika bertemu media semalam bagi wawancara penutup bazar Raya 2022.

Dr Faishal berkata, bazar-bazar musiman ini bukan sahaja akan menyediakan pengalaman menarik kepada pengunjung, malah bertujuan menarik lebih ramai orang Melayu mengunjungi kawasan Geylang Serai.

Faishal: Lebih banyak bazar bertema akan dianjur di WGS

Memberi butiran lanjut, Dr Faishal berkata, pihaknya sudah dalam tahap perbincangan bagaimana dapat mengadakan lebih banyak bazar dengan tema-tema tertentu di perkarangan WGS.

Bazar-bazar ini bakal dianjurkan pada skala lebih kecil berbanding bazar Raya tahunan dan bagi tempoh sekitar 10 hari.

Ia akan menawarkan pilihan jualan yang lebih tertumpu mengikut konsep bazar tersebut yang sesuai dengan tema yang ditetapkan.

"Kami sedang memikirkan bagaimana dapat mengadakan bazar-bazar dengan tema-tema tertentu di WGS supaya ia dapat memberi ruang kepada masyarakat kita untuk datang menikmati bazar-bazar ini.

"Misalnya, mungkin pada musim Hari Kebangsaan, kami akan adakan bazar selama 10 hari di perkarangan WGS dan kami juga akan mengadakan bazar lambak.

"Kami juga akan memikirkan lebih banyak ruang untuk mengadakan bazar atau suasana ala bazar di perkarangan WGS.

"Saya harap masyarakat kita akan turun padang untuk sama-sama meraikan suasana dan dapat merasakan pengalaman yang menarik ini," kata beliau.

Sementara itu, memberi ulasan tentang bazar Raya yang diadakan tahun ini, Dr Faishal berbesar hati kedua-dua bazar di Geylang Serai dan Kampung Glam telah mendapat sambutan amat baik daripada masyarakat setempat.

Bahkan, terdapat beberapa aspek 'bazar pandemik' yang boleh dikekalkan pada masa depan, katanya.

"Pada tahun ini, kami gunakan teknologi di mana... kalau kita tak dapat pergi, kita boleh lihat secara 'online' dengan adanya lawatan virtual.

"Kita juga boleh lihat ramai atau tidak orang di bazar, jadi kita boleh pantau dari rumah dan memberi ruang yang baik kepada masyarakat kita untuk kita melakukan perancangan.

"Kita juga dapat lihat bagaimana kita dapat menyediakan ruang lebih selesa dan suasana lebih nyaman... supaya pengunjung dapat pengalaman yang lebih menarik," ujar Dr Faishal.

Namun, beliau akur dengan bilangan gerai yang jauh lebih sedikit tahun ini, tawaran makanan dan barangan tradisional yang sering dikaitkan dengan bazar waktu dahulu mungkin terjejas.

"Mungkin kerana bilangan gerai terhad, kita tak dapat melihat banyak aspek tradisional, tapi saya yakin pada tahun hadapan, dengan lebih banyak gerai, kita boleh sediakan lebih banyak pilihan," jelasnya.

Pun begitu, beliau menambah bahawa pada masa yang sama, bazar dianjurkan bagi pelbagai segmen masyarakat termasuk yang muda, tua dan golongan bukan Melayu.

Oleh itu, apa yang ditawarkan juga mesti rencam dan sesuai mengikut citarasa pelbagai jenis pengunjung.

"Yang penting makanan yang disediakan mesti halal. Kita juga mahu apa yang disediakan boleh menepati citarasa semua segmen masyarakat dan kita mahu adakan bazar di mana kita harus ada ciri-ciri tradisional dan juga yang relevan pada masa kini.

"Dengan adanya aspek kerelevenan dan aspek tradisional... ia memberi satu pengalaman yang holistik.

Ditanya pula tentang sama ada sebarang usaha akan dilakukan untuk memastikan harga sewa tidak melampau dan kekal dimampui berikutan maklum balas ramai pegerai berkenaan sewa tinggi di bazar tahun ini, Dr Faishal menjelaskan:

"Pada tahun ini, kita maklum bahawa bilangan gerai tak banyak dan ramai yang nak mendapatkan gerai, jadi kita boleh jangkakan saingan amat tinggi.

"Tapi pada masa akan datang, kami akan lihat bagaimana kami dapat sediakan pemasaran lebih awal dan... bilangan gerai lebih banyak yang dapat memberi ruang untuk kami memasarkannya dengan sewa yang lebih rendah.

"Walaubagaimana pun, sepanjang Ramadan lalu, saya telah mengunjungi bazar-bazar beberapa kali dan kebanyakan pergerai berkata dalam satu minggu lebih mereka dah balik modal!"


"Kami sedang memikirkan bagaimana dapat mengadakan bazar-bazar dengan tema-tema tertentu di WGS supaya ia dapat memberi ruang kepada masyarakat kita untuk datang menikmati bazar-bazar ini.
Misalnya, mungkin pada musim Hari Kebangsaan, kami akan adakan bazar selama 10 hari di perkarangan WGS dan kami juga akan mengadakan bazar lambak.

- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) dan penasihat utama Wisma Geylang Serai (WGS).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3